Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

Archive for November, 2009

TUTORIAL : KATA NAMA ( الاِسْمُ )

Posted by abusyameel on November 30, 2009

BISMILLAH…



Sebelum ini anda didedahkan tentang tutorial kata kerja fi’il madhi. kita tinggalkan dulu kata kerja dan pada kali ini ustaz akan menerangkan tajuk kata nama ( الاسم )
Kata nama tidak sesukar tajuk kata kerja.

Kata nama hanya dipecahkan kepada bilangan kata nama tersebut sama ada mufrad ( tunggal/ satu), muthanna(dua) atau jamak ( lebih daripada dua). Perbincangan mengenai perkara ini secara terperinci dalam tutorial akan datang. Insya Allah.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGENALI KATA NAMA ( الاِسْمُ )?

Kata nama dapat dikenali dengan ciri-ciri berikut :

1. Terdapat alif lam ( ال ) pada awal kalimah. CONTOH :

القَلَمُ المَطْعَمُ المَسْجِدُ المَطَرُ
pen kantin/cafe masjid hujan

2. terdapat tanwin ( ٌ ٍ ً ) di akhir. CONTOH :

مُدِيرٌ دُكَّانٌ طَائِرَة أَبٌ
pengetua pasar kapal terbang bapa

3. Sebelumnya terdapat huruf jar ( حرف الجر ) iaitu kata hubung/partikel seperti

فِي الغُرْفَةِ مِنَ المَدْرَسَةِ إلى الأمّ|
di dalam bilik dari sekolah kepada ibu

4. Sebelumnya terdapat kata seru seperti يا محمد (wahai Muhammad )

Semoga para pelajar memahami tutorial kali ini. Sebarang kekeliruan boleh kemukakan soalan di shoutbox.

SEKIAN…WALLAHU TA’ALA A’LAM

Posted in Tutorial | Leave a Comment »

TIPS : ADAB DAN TEKNIK BELAJAR

Posted by abusyameel on November 30, 2009

BISMILLAH…

Pada masa kini adab-adab belajar semakin terhakis dalam diri seorang pelajar.ini merupakan musibah yang besar yang menimpa umat Islam. Di sini ustaz ingin menggariskan beberapa panduan tentang adab dan teknik belajar yang mesti dipraktikkan semasa menuntut apa jua ilmu yang bermanfaat.

PERTAMA : IKHLAS

Ini adalah perkara yang terpenting. Hendaklah kita menuntut ilmu ikhlas kerana Allah. Jika kita menuntut ilmu untuk menggapai kecemerlangan akademik semata-mata, untuk mendapat sanjungan dan pujian, untuk habuan dunia atau apa sahaja niat selain kerana Allah kita tidak akan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Walau pun di dunia zahirnya berjaya namun sebenarnya dia seorang yang rugi di kehidupan dunia dan akhirat.

KEDUA : MINAT YANG MENDALAM

“Minat” (Interest) adalah faktor yang dapat menyelesaikan separuh pertama hajat seseorang. Separuh kedua ialah berusaha untuk membenarkan hajat tersebut. “Minat” seseorang kepada sesuatu perkara mampu membawa dia ke tahap yang sebelum itu tidak terbayang olehnya.

Minat ini boleh dipupuk bila diketahui ganjaran yang diperolehi di sisi Allah. Begitu juga Seorang yang mempelajari Bahasa Arab yang bertujuan untuk memahami al-Quran akan mendapat kemuliaan di akhirat.

KETIGA : BERSABAR.

Tidak ada short cut dalam menuntut ilmu. Tidak boleh duduk dan angan-angan diri sendiri umpama sebuah komputer: letak sahaja cd rom dan install, program terus berjalan.

Menuntut ilmu harus berperingkat dan bertahap-tahap. Bagi setiap individu peringkat dan tahap berbeza-beza kerana manusia memiliki kemampuan yang berbeza di dalam mencerna ilmu-ilmu yang diterimanya. Ada yang cepat, ada yang sederhana dan ada yang lambat.

Yang pentingnya manusia itu berusaha dengan kemampuan yang dimiliki oleh. Kemampuan itu sendiri sesuatu yang tidak tetap (not fixed), ia sentiasa dinamis selari dengan kadar usaha seseorang itu. Oleh itu yang penting ialah berusaha dan bersabar di atas usaha tersebut.

Dalam sebuah hadisnya, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas Muslim.” Baginda tidak bersabda, umpama: “Menjadi pandai adalah wajib ke atas Muslim.”

Bererti yang dituntut oleh Islam ialah berusaha menuntut ilmu dan bukannya menjadi pandai tanpa berusaha terlebih dahulu.

KEEMPAT : BERANI MENGHADAPI KEGAGALAN.

Seorang bayi tidak akan dapat berjalan jika dia enggan menerima risiko terjatuh ketika berlatih berjalan. Seorang penunggang basikal akan cepat bangun apabila terjatuh jika sebelum itu dia sudah biasa terjatuh, berbanding dengan seseorang yang sebelum itu tidak pernah jatuh.

Demikian juga seorang penuntut ilmu tidak akan berjaya jika sebelum itu dia enggan menerima risiko tersilap atau terkeliru.

KELIMA : MEMPELBAGAIKAN CARA BERINTERAKSI DENGAN ILMU.

Manusia menerima dan memproses ilmu dengan pelbagai cara. Jika seseorang itu hanya mengikat dirinya kepada satu cara, maka dia akan terikat selama-lamanya dengan cara itu sahaja. Apabila cara itu hilang, maka dia tidak akan lagi dapat memperoleh apa-apa ilmu.

Contohnya ialah seseorang yang hanya mahu belajar secara face to face dengan seorang guru. Apabila gurunya tiada, dia tidak lagi dapat mempelajari apa-apa ilmu.

Dalam mempelajari bahasa arab selain P&P dalam kelas cara lain yang boleh digunakan ialah melalui melayari internet, mempraktik dalam kehidupan seharian dan mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan.

Orang-orang seperti ini, yang juga dikenali sebagai “Self improvement guru” adalah mereka yang memiliki keahlian dalam mengkaji tabiat manusia dan cara-cara untuk memperbaikinya.

KELIMA : MENJAUHKAN PERKARA YANG SIA-SIA.

Mustahil untuk berhimpun di dalam satu jasad perkara-perkara mungkar dan ilmu-ilmu agama kerana kedua-duanya adalah sesuatu yang saling bertentangan.

Bukan sekadar perkara yang mungkar, yang sia-sia dan samar-samar juga adalah sesuatu yang bertentangan.

Oleh itu hendaklah dijauhi segala yang sia-sia (al-Laghw) atau samar-samar seperti muzik, URTV, rokok, mendengar/melihat/mencari kesalahan orang dan lain-lain. Antara wabak yang paling berbahaya yang menjadi penghalang ilmu kepada pelajar ialah pergaulan bebas atau budaya couple. Budaya ini amat membimbangkan semakin berleluasa pada masa kini di semua peringkat pendidikan.

Semua di atas digantikan dengan zikir, solat sunat dan bacaan al-Qur’an. Perlu dingatkan bahawa tiga amalan di atas adalah sebagai pengisi masa lapang ketika berehat daripada mengkaji ilmu-ilmu agama.

KETUJUH: MENGAJAR ORANG LAIN.

Ini juga merupakan salah satu teknik yang berkesan untuk meningkatkan kefahaman. Seorang yang faham sesuatu tajuk ilmu kemudian mengajar orang lain, Allah akan mengurniakan kefahaman yang lebih mendalam di samping mendapat pahala kerana melakukan ihsan terhadap orang lain.

KELAPAN : MEMULIAKAN GURU

Perkara ini juga semakin hilang dalam diri seorang pelajar pada masa kini. Menghormati guru bukan terhad di sekolah atau semasa bergelar seorang murid kepada guru tersebut. Walau pun bukan lagi menjadi pelajarnya, guru perlu disanjungi sepanjang masa.

Jasa mereka terlalu besar dan tiada bandingan sebagaimana jasa ibu bapa terhadap anaknya. Tiada perkara yang lebih mengembirakan seorang guru melainkan anak didiknya mencapai kejayaan dalam akademik. Seorang guru tidak mengharapkan balasan dari pelajarnya melainkan cukuplah sekadar jasa dan pengorbanan mereka sentiasa diingati oleh pelajarnya. Tolong ingat perkara ini!

SEMBILAN : TEKUN BERUSAHA

Semua perkara di atas akan menjadi sia-sia sekiranya kesungguhan dan usaha tiada dalam diri pelajar. Ilmu adalah sesuatu yang ‘hidup’ dan ia perlu diikat. Cara untuk mengikatnya ialah dengan memberi perhatian, mencatat, mengulangkaji, menghafaz sehingga benar-benar diingati dan dikukuhkan dengan memperbanyakkan latih tubi.

SEPULUH : BERDOA DAN TAWAKKAL.

Ini merupakan perkara yang sama pentingnya dengan usaha dan kesungguhan. Doa dan tawakkal adalah senjata orang beriman yang paling ampuh. Sakit, sihat, ingat, lupa, tenag, gelisah semua di tangan Allah. Entah berapa ramai pelajar yang membuat persiapan dengan 100% komitmen namun bila hari peperiksaan ditimpa sakit kepala, sakit perut dan sebagainya.

Dua perkara ini hendaklah seiring dengan usaha dan ikhtiar kita agar perlindungan, rahmat dan keberkatan Allah sentiasa memayungi kita.

Sepuluh adab dan teknik ini perlu diamalkan oleh setiap pelajar agar mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran dan mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Disunting dan ditambah isi dari artikel “teknik belajar” oleh Hafis Firdaus Abdullah

Posted in Tips dan Ilmiah | Leave a Comment »

TUTORIAL : KATA KERJA MADHI ( الفِعْلُ المَاضِي )

Posted by abusyameel on November 29, 2009



BISMILLAH..

Tutorial kali ini berkaitan dengan kata kerja ( الفِعْلُ ). kata kerja terbahagi kepada tiga:
1- kata kerja madhi
2- kata kerja mudhari’
3- kata kerja Amr (kata perintah)

Kata kerja merupakan topik utama dalam bahasa Arab. Sesiapa yang mampu menguasai topik kata kerja, insya Allah dia akan dapat menguasai bahasa arab. Tutorial kali ini ustaz akan menerangkan pengenalan kata kerja madhi. Fi’il madhi membawa maksud sesuatu perbuatan yang telah berlaku (الماضي).

Kata kerja ini pada asasnya terdiri daripada tiga huruf ( الفعل الماضي المُجَرَّد – tanpa huruf tambahan- ) contoh :

رَكِبَ – صَبَرَ – شَرِبَ – ضَحِكَ

Namun, terdapat juga kata kerja madhi yang terdiri daripada empat, lima atau enam huruf bila ia ditambah huruf-huruf tambahan yang sepuluh huruf (سَأَلْتُمُونِيهَا ). Ia dipanggil ( الفعل الماضي المُزِيد – ditambah huruf tambahan- contoh :

اِجْتَهَدَ – قَابَلَ – اِسْتَلَمَ – اِسْتَخْرَجَ – عَيَّنَ

Semua kata kerja di atas adalah fi’il madhi ( perkara inilah biasanya pelajar keliru ). Fi’il madhi bukan hanya tiga huruf. Malah ada yang empat, lima dan enam.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGENALI KATA KERJA MADHI?

Untuk mengenalinya boleh dilihat ciri-ciri kata kerja ini, iaitu :

1. baris atas ( fathah ) di akhir.

2. terdapat ا , وا di akhir.

3. Di akhir terdapat huruf تْ , تَ , تِ , تُ , تَا , تُمَا , تُمْ , تُنَّ

4. terdapat نَا atau نَ di akhir.

Kata kerja madhi ini akan berubah bila dimasukkan pelakunya ( الفاعل ). perubahan ini bergantung kepada jantina dan bilangan pelakunya. Perkara ini akan diterangkan dalam tutorial akan datang. Semoga anda memahami tajuk ini.

Sekian …WALLAHU TA’ALA A’LAM.


Posted in Tutorial | Leave a Comment »

VIDEO RAYA SMKPS 2009

Posted by abusyameel on November 29, 2009

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SMK PUTRI SAADONG 2009,

sekiranya video di atas tidak berfungsi, sila KLIK DI SINI untuk saksikan video terus di youtube

Posted in Umum | Leave a Comment »

TIPS : CARA MENGGUNAKAN KAMUS

Posted by abusyameel on November 28, 2009



Tutorial kali ini ustaz akan mendedahkan cara menggunakan kamus. Pelajar yang ingin cemerlang dalam bahasa arab hendaklah sentiasa ‘bersahabat’ dengan kamus. Untuk mencari makna perkataan kita hendaklah mengenalpasti kalimah tersebut sama ada kata nama atau kata kerja.kamus yang terbaik dan praktikal untuk pelajar ialah kamus Oxford Fajar B.A-BM-BA ( lihat gambar )

1.Mencari kalimah Kata nama  (الاسم )

Kata nama (الاسم lebih mudah berbanding mencari kata kerja (الفعل )

Langkah pertama : sekiranya perkataan tersebut mufrad ( satu ) maka boleh terus mencarinya dalam kamus.

Langkah kedua : sekiranya perkataan itu Musanna ( dua ) atau Jamak ( lebih daripada dua ) sila tukar kepada mufrad terutama jamak taksir.

Contoh:

perkataan (طُيُور ) cari perkataan طَيْرٌ

perkataan ( أَمْثِلَةٌ ) cari perkataan مِثَالٌ

2. Mencari kalimah kata kerja (الفعل )

Langkah pertama : tukarkan kata kerja tersebut kepada fi’il Madhi.

Contoh :
يَكْتُبُcari perkataan كَتَبَ

Langkah kedua : kata kerja berhuruf tambah ( فعل مزيد ) buang huruf tambah tersebut. huruf tambah ialah sepuluh huruf iaitu سَأَلْتُمُونِيهَا -SA ALTUMUUNIIHA- ( KENA HAFAL )

Contoh :
  يَغْتَسِلُcari perkataan غَسَلَ buang huruf tambahan ت ) (ي)
اِسْتَخْرَجَ cari perkataan خَرَجَ buang huruf ( س ) ( ت ) ( ا

Para Pelajar hendaklah sentiasa menggunakan kamus agar menjadi mahir dan dapat mencari makna perkataan dengan cepat dan pantas.

Wallahu Ta’ala A’lam

Posted in Tips dan Ilmiah | Leave a Comment »

TUTORIAL ASAS B. ARAB: KALIMAH

Posted by abusyameel on November 28, 2009

BISMILLAH…

Tutorial pertama ini ustaz akan menerangkan perkara paling asas dalam bahasa Arab iaitu kalimah ( perkataan ). Kalimah yang digunakan dalam sesuatu ayat mesti dikenali untuk memudahkan memahami Sesutu ayat dan untukmencari makna perkataan di dalam kamus.


Secara asasnya sepertimana yang telah dipelajari oleh pelajar semasa di tingkatan satu kalimah terdiri daripada tiga :

pertama :

الفِعْل  : Kata kerja


Contoh :

أَكَل 

(dia) telah makan

يَنَامُ

(dia )sedang tidur

اُطْلُبْ

(awak) tuntutlah


kedua :

الاِسْمkata nama :

contoh : 

بَيْتٌ

rumah

أَحْمَدُ

ahmad

طَالِب

pelajar


ketiga : 

الحَرْفkata hubung /partikel :

Contoh :

فِي  

Di/ dalam

إِلَى

Ke/ kepada

مِنْ

Dari/daripada

 

Tiga  perkara di atas ini digabungkan untuk sesuatu ayat itu menjadi lengkap. Contohnya :

Contoh ayat :

يَذْهَبُ      الأَبُ        إِلَى           الْمَسْجِدِ       بِ          السَّيَّارَةِ             

الفعل      الاسم       الحرف      الاسم       الحرف        الاسم

 

Para pelajar mestilah menguasai tajuk ini untuk memudahkan memahami sesuatu ayat atau bila ingin mencari makna perkataan dengan menggunakan kamus.

Memahami konsep kata kerja amat penting untuk menguasai Bahasa Arab. Perbincangan Kata kerja dan kata nama akan dipanjangkan perbahasan dalam tutorial akan datang.

 WALLAHU TA’ALA A’LAM

Posted in Tutorial | Leave a Comment »

BENARKAH BAHASA ARAB SUSAH?

Posted by abusyameel on November 25, 2009


BISMILLAH…

“bahasa arab susah, jangan ambil pmr subjek tu, nanti sijil awak cacat”.

“susahnyeeeee b. arab!”

Aku nak belajar je b. arab, tapi tak nak ambik PMR”.

Ungkapan sebegini biasa dilafazkan oleh sesetengah pelajar. adakah benar bahasa arab satu mata pelajaran yang susah?.Malah ada yang berpendapat ia adalah ‘killer subjects’. begitulah salah sangka terhadap bahasa al-Quran ini. Sememangnya bahasa arab akan menjadi susah sekiranya ANDA ;

– Tidak ikhlas niat mempelajarinya
– seorang yang malas menghafaz
– malas menggunakan kamus
– tidak berminat dengan bahasa arab
– belajar untuk suka-suka, main-main ( cari glamour sebab berada di kelas 3 Arab; kelas cemerlang)

kemungkinan juga bahasa arab akan menjadi susah bila :

– Cara pembelajaran yang membosankan
– Metodologi P&P yang tidak menepati kumpulan sasaran pelajar.

Sekiranya anda termasuk dalam kategori yang di atas. Memang benar bahasa arab akan menjadi susah kepada anda. Saya nasihatkan anda agar membuat keputusan awal tidak mengambil subjek B. arab PMR nanti. Jangan menyusahkan dan menyakitkan kepala guru anda.

Realitinya, bahasa arab yang merupakan bahasa Kalam Allah yang diturunkan untuk seluruh manusia dan ‘valid’ diguna pakai sehingga hari kiamat tentulah satu bahasa yang istimewa. Bahasa yang terpilih di antara beribu bahasa di dunia ini.

Allah sebutkan dalam KitabNya Surah al-Qamar ayat 22 yang bermaksud :

dan Sesungguhnya telah Kami mempermudahkan Al Quran untuk pelajaran, Maka Adakah orang yang mengambil pelajaran?

Allah telah mengistiharkan bahawa al-Quran adalah mudah sama ada untuk dibaca, difahami, dihafal dan dipelajari bahasanya. Sesungguhnya tabiat agama Islam adalah mudah. Semua perkara yang wajib diketahui oleh sekalian manusia semestinya mudah dan senang. Mustahil bagi Allah yang bersifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang akan membebankan hambaNya dengan perkara yang susah. Tidak mungkin!Subhanallah

Bahasa Arab sebenarnya bahasa yang menarik dan mudah untuk dipelajari sekiranya kita tahu teknik dan pendekatan pembelajaran yang sesuai dengan sesuatu topic yang dipelajari.

Namun begitu seperti juga mata pelajaran yang lain, bahasa arab memerlukan ketekunan mengingati tharwah ( perbendaharaan kata), penumpuan sepenuhnya semasa P&P, latih tubi latihan dan pemahaman, rajin merujuk kamus, banyak bertanya guru dan yang paling ialah keberkatan dalam pelajaran.

Maksud keberkatan dalam pelajaran ialah niat yang ikhlas untuk mamahami isi kandungan al-Quran, sentiasa menjaga solat, membaca al-Quran setiap hari, berzikir, memuliakan guru dan yang terlebih penting jangan libatkan diri dengan perkara yang menghalang ilmu seperti “couple” dan seumpamanya. Berilah alasan apa sekalipun ‘budaya jelik’ itu tidak pernah memberi kebaikan kepada seorang penuntut ilmu.

Bahkan perkara itu hanya memaling focus seorang pelajar dan menjadi tirai antaranya dengan BARAKAH daripada Allah walaupun seseorang yang terlibat dengan budaya ini mencapai kejayaan yang cemerlang. Apa gunanya cemerlang di dunia tapi mendapat kemurkaan Allah di dunia dan di akhirat. Itulah maksud sebenar BARAKAH : reda Allah dalam melakukan sesuatu perkara. Walaupun seseorang itu pada zahirnya gagal di dunia, namun sekiranya Allah reda kepadanya dia seorang yang berjaya sebenarnya. Semoga kita peroleh redaNya.

Ingat ! buatlah sesuatu perkara untuk menggapai reda Allah. Nescaya anda akan mencapai kecemerlangan. Belajarlah bahasa arab untuk mencapai reda Allah. semuanya akan menjadi mudah, menarik dan seronok… Insya Allah.

sekian

Posted in Tips dan Ilmiah | Leave a Comment »

2010 : PERUBAHAN FORMAT DAN SUKATAN B. ARAB

Posted by abusyameel on November 24, 2009

bismilllah…

pada hari ahad lepas (22 hb nov 09 ) saya telah menghadiri satu kursus taklimat huraian sukatan pelajaran bahasa arab anjuran SPI JPN Kelantan yang melibatkan semua guru bahasa arab di kelantan. program ini diadakan di BTPN P. Chepa sebagai pendedahan sukatan baru yang akan digunapakai bermula sesi 2010. perubahan ini merangkumi sukatan baru, buku teks baru dan format peperiksaan PMR pun baru.

alhamdulillah, dengan pendedahan awal ini guru-guru dapat membuat persiapan untuk menghadapi cabaran dan dugaan yang pastinya lebih mencabar berbanding sebelum ini. format baru pmr mempunyai dua kertas. ia memerlukan pelajar menjawab dengan bahasa arab 100%, memahami teks,ilmu nahu( tatabahasa ), mufradat ( perkataan seerti ) mudaddhat ( berlawanan ) dan tidak ketinggalan juga ada hafazan syi’ir dan kata-kata hikmah dan menulis karangan.

perubahan ini memerlukan pelajar lebih tekun menghafaz dan memahami ilmu tatabahasa serta kemahiran mengarang dalam bahasa arab untuk mencapai skor A dalam pmr 2010 kelak.

penulis telah dapat merasakan tekanan yang bakal dihadapi sekiranya pelajar tidak melakukan perubahan sikap dan sistem pembelajaran yang teratur untuk cemerlang dalam pmr. semua guru yang mengajar tingkatan 3 tahun 2010 pastikan akan menghadapi tekanan yang berganda sekiranya para pelajar tidak bersedia untuk berubah.

kursus ini juga dapat mengeratkan ukhuwwah antara guru-guru bahasa arab dan dapat bertukar informasi berkaitan bahasa arab. dengan muafakat dan kerjasama antara guru mudah-mudahan akan dapat meringankan beban yang dipikul.

semoga Allah permudahkan semua urusan kita….amin

sekian

Posted in Informasi | 3 Comments »

TIPS-TIPS CEMERLANG B. ARAB

Posted by abusyameel on November 23, 2009

tiada jalan mudah untuk mencapai kecemerlangan dalam apa bidang. begitu juga bahasa arab yang merupakan subjek bahasa asing. hanya pelajar yang istiqamah sahaja yang mampu mengambil subjek ini sebenarnya. di sini ustaz ingin memberikan tips agar cemerlang dalam subjek b arab.

1- perbetulkan niat lillah. untuk memahami isi kandungan al-quran, menghayati hadis rasulullah saw dan mendalami ilmu syariah.

2- sentiasa menjaga solat, berzikir dan membaca al-quran setiap hari.

3- tanamkan minat yang mendalam menuntut bahasa arab.

4- memberi perhatian kepada penerangan guru dan mencatat segala maklumat yang diberikan. jangan hanya menjadi seorang pendengar semata-mata.

5- sediakan kamus catatan peribadi untuk mencatat perkataan baru yang belum diketahui.

6- menghafaz perkataan baru sehingga benar-benar mengingatinya.

7- menyemak kembali hafalan lama( refresh ) agar tidak lupa.

8- perbanyakan latihan dan latih tubi.

9- kerap mengadakan perbincangan dalam kumpulan. cara ini mudah untuk mengingati tharwah lughawiyyah.

10- hindari perbuatan yang sia-sia seperti mendengar lagu dan jangan sekali-kali melibatkan diri dengan ‘ COUPLE’.

sepuluh tips ini ustaz kongsikan untuk semua anak didik mudah-mudahan ia dapat dijadikan panduan dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti. sesiapa yang tidak mampu untuk melaksanakan 10 perkara di atas lebih baik jangan berangan untuk mencipta kejayaan dalam B. Arab. sesiapa yang malas, susah nak ingat dan cepat jemu dinasihatkan agar tidak mengambil kertas bahasa arab awal-awal. jangan bebankan diri anda dengan perkara yang anda tidak mampu.

NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH

WALLAHU TA’ALA A’LAM

Posted in Tips belajar | Leave a Comment »

SETELAH BERPENAT LELAH…

Posted by abusyameel on November 23, 2009

Dipetik daripada laman http://ceria.my/proquransunnah/

Bermula 7 Oktober 2009 calon PMR seluruh negara akan menghadapi peperiksaan PMR setelah tiga tahun menghabiskan pengajian di peringkat sekolah menengah rendah. Saya merupakan seorang guru yang bertanggungjawab mencurahkan ilmu dalam mata pelajaran Bahasa Arab juga berasa amat bimbang.

Setelah berpenat lelah selama sembilan bulan selepas menerima tugasan mengajar B. Arab pada awal tahun, kini anak-anak didik saya akan berjuang dalam ‘peperangan’ yang sebenar. Walaupun dalam peperiksaan percubaan subjek B Arab mencapai keputusan luar biasa dengan SMK Putri Saadong mencatat keputusan terbaik di PPD Bachok iaitu 14 orang mendapat A. Itu hanyalah percubaan.

PMR yang sebenar inilah yang menjadi target utama iaitu target 15 orang mendapat A. walaupun agak mustahil, tapi saya yakin dengan kemampuan anak-anak didik saya. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pelajar menjanjikan keputusan yang akan mencatat sejarah dalam subjek Bahasa Arab sekurang-kurangnya peringkat SMK Putri Saadong Insya Allah.

Semoga Semua pengujung ProQuran Sunnah dapat mendoakan kejayaan untuk kami dalam peperiksaan nanti.
Jazakumullah

KELAS INTENSIF ( SETIAP PAGI JUMAAT 8.30-11.30 PG)





Posted in info Bahasa Arab | Leave a Comment »