Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

BENARKAH BAHASA ARAB SUSAH?

Posted by abusyameel on November 25, 2009


BISMILLAH…

“bahasa arab susah, jangan ambil pmr subjek tu, nanti sijil awak cacat”.

“susahnyeeeee b. arab!”

Aku nak belajar je b. arab, tapi tak nak ambik PMR”.

Ungkapan sebegini biasa dilafazkan oleh sesetengah pelajar. adakah benar bahasa arab satu mata pelajaran yang susah?.Malah ada yang berpendapat ia adalah ‘killer subjects’. begitulah salah sangka terhadap bahasa al-Quran ini. Sememangnya bahasa arab akan menjadi susah sekiranya ANDA ;

– Tidak ikhlas niat mempelajarinya
– seorang yang malas menghafaz
– malas menggunakan kamus
– tidak berminat dengan bahasa arab
– belajar untuk suka-suka, main-main ( cari glamour sebab berada di kelas 3 Arab; kelas cemerlang)

kemungkinan juga bahasa arab akan menjadi susah bila :

– Cara pembelajaran yang membosankan
– Metodologi P&P yang tidak menepati kumpulan sasaran pelajar.

Sekiranya anda termasuk dalam kategori yang di atas. Memang benar bahasa arab akan menjadi susah kepada anda. Saya nasihatkan anda agar membuat keputusan awal tidak mengambil subjek B. arab PMR nanti. Jangan menyusahkan dan menyakitkan kepala guru anda.

Realitinya, bahasa arab yang merupakan bahasa Kalam Allah yang diturunkan untuk seluruh manusia dan ‘valid’ diguna pakai sehingga hari kiamat tentulah satu bahasa yang istimewa. Bahasa yang terpilih di antara beribu bahasa di dunia ini.

Allah sebutkan dalam KitabNya Surah al-Qamar ayat 22 yang bermaksud :

dan Sesungguhnya telah Kami mempermudahkan Al Quran untuk pelajaran, Maka Adakah orang yang mengambil pelajaran?

Allah telah mengistiharkan bahawa al-Quran adalah mudah sama ada untuk dibaca, difahami, dihafal dan dipelajari bahasanya. Sesungguhnya tabiat agama Islam adalah mudah. Semua perkara yang wajib diketahui oleh sekalian manusia semestinya mudah dan senang. Mustahil bagi Allah yang bersifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang akan membebankan hambaNya dengan perkara yang susah. Tidak mungkin!Subhanallah

Bahasa Arab sebenarnya bahasa yang menarik dan mudah untuk dipelajari sekiranya kita tahu teknik dan pendekatan pembelajaran yang sesuai dengan sesuatu topic yang dipelajari.

Namun begitu seperti juga mata pelajaran yang lain, bahasa arab memerlukan ketekunan mengingati tharwah ( perbendaharaan kata), penumpuan sepenuhnya semasa P&P, latih tubi latihan dan pemahaman, rajin merujuk kamus, banyak bertanya guru dan yang paling ialah keberkatan dalam pelajaran.

Maksud keberkatan dalam pelajaran ialah niat yang ikhlas untuk mamahami isi kandungan al-Quran, sentiasa menjaga solat, membaca al-Quran setiap hari, berzikir, memuliakan guru dan yang terlebih penting jangan libatkan diri dengan perkara yang menghalang ilmu seperti “couple” dan seumpamanya. Berilah alasan apa sekalipun ‘budaya jelik’ itu tidak pernah memberi kebaikan kepada seorang penuntut ilmu.

Bahkan perkara itu hanya memaling focus seorang pelajar dan menjadi tirai antaranya dengan BARAKAH daripada Allah walaupun seseorang yang terlibat dengan budaya ini mencapai kejayaan yang cemerlang. Apa gunanya cemerlang di dunia tapi mendapat kemurkaan Allah di dunia dan di akhirat. Itulah maksud sebenar BARAKAH : reda Allah dalam melakukan sesuatu perkara. Walaupun seseorang itu pada zahirnya gagal di dunia, namun sekiranya Allah reda kepadanya dia seorang yang berjaya sebenarnya. Semoga kita peroleh redaNya.

Ingat ! buatlah sesuatu perkara untuk menggapai reda Allah. Nescaya anda akan mencapai kecemerlangan. Belajarlah bahasa arab untuk mencapai reda Allah. semuanya akan menjadi mudah, menarik dan seronok… Insya Allah.

sekian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: