Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

Cerita Sedih Sempena Hari Ibu : Warkah Untuk Arwah Ibu

Posted by abusyameel on May 8, 2010

sila baca sambil mendengar lagu ini,semoga bermanfaat

Mak…..

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari…..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan
sejuk syahdu masih terasa lagi nih….
Mak tau tak…..
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa…..
dan itu juga terakhir kali nya.

Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..
nak tinggal kan anak2 mak….. nak tinggal kan dunia fana ni…..
mak macam dan sedia…..

Seminggu sebelum tu…..mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu….
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih….. kakak pun rasa hairan…..
mak tak penah buat gitu….. pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak…..
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran diam ……
kengkadang siaran indonesia …mak terus tekun menganyam…
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi
mak ke kuburan…


Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2….

pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas
mak..
ada kat dalam almari…..
ada kat dalam dalam beg…..
ada dalam ASB…..
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi….
ada kat dalam gulung tikar…..
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar…kiter
kata mak ni memang pesenn lama laaa…
mak cuma gelak jer…
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak…..
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 s akit perut…..
bila malam tu kiter sampai dari KL…..mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..
mak tetap takmau pi hospital…. .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..

Mak kata mak takmau duduk dalam hospital…. .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor…ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju… ..mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..

Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk….
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik
beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…. ..

Mak…..
amponkan kami semua…
kami nak mak sehat…
kami sayang mak…
kami tak mau mak sakit…
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital….
ampon kan kami yer mak….

Mak…..
Malam itu abang bawa mak k e hospital dan itu lah pertama dan
terakhir kali mak naik kereta kiter…
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta….
Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..
kiter jawab pula…kalau tak cukup, mak kan banyak duit… mak gelak ajerr…..
Lepas tu bila kereta kiter sampai….mak buat kenduri kesyukuran.. ….
Dan kiter masih ingat lagi…bila kiter eksiden terlanggar kelinn naik motor…..
Punya la kiter takut…kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat

mak…..
Bila balik sahaja kampong….kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj…..
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…mak tanya kenapa…?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga…..
Mak….tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau…
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar…
mak, kiter menipu mak kan …ampon kan kiter….

Mak…..
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital…. nurse tengah balut mak dengan kain putih…..
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital…
Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…
mesti mak nampak semua tu kann…kann. .kannn
Mak tau tak….

Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter memandu dalam keadaan separuh sedar…
Adik kat sebelah diam melayan perasann…
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…
jalan di depan terasa makin kelam…..
airmata dah tak mampu di tahan….
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela…
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga…
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong. …sekosong hati ini…..
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar
suasananya.. … terasa syahdu dan s ayu gitu…dinginnnn. ….

Mak…..
Kiter masih ingat lagi…
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan …..
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi….
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak…..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..
Mak perasan tak…?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..
Dia kata…” dikk…jangan nangis…kalau sayang mak jangan buat
gitu…jangan nangis ya..”
Bila makcik tu kata gitu…
lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak….

Mak…..
Sampai takat ini surat ni kiter tulis….. kiter nangis ni…..
Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi…. Takder orang yang bangun lagi…..
kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih…kiter rindu kat mak..!
Takpa la…..nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak…
mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… .
Semua anak2 mak mengelilingi mak…menatap wajah mak buat kali terakhir….
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…
Mak rasa tak….masa tu kiter sentuh dahi mak….
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…..
Kiter tak mampu nak cium mak…kiter tak daya….
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…
Airmata kiter tak boleh tahan….

Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak….
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah….
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…
badan akak terasa panas…
makk…anak mak yang seorang tu demam….
Mak tauu…cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .

Mak…..
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…
Begitu terasa kehilangan mak…boleh kata setiap malam selepas
maghrib anak mak ini berendam airmata…
Dan sampai satu tahap….masa tu malam jumaat selepas maghrib…
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ….
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi…
semakin kiter tenung terasa semakin sayu…tangisan tak dapat dibendung…
Mak tauu…kiter cuba bertahan… memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…
Kiter rasa nak telefon mak… nak cakap dengan mak….
anak mak yang ni dah tak betul kan …????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong…
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagihttp://kahkahkah.mnazman.com/uploads/smil3dbd4e02c5440.gif … Puas la kakak memujuk kiter…
Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..nanti kalau
gini ajer mak yang susah kat sana …”

Dan akhirnya akak juga nangishttp://kahkahkah.mnazman.com/uploads/smil3dbd4e02c5440.gif …..

Mak….
cukup la sampai sini dulu….
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu…. kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ….
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak… esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula….

Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih…
pastu kawan kiter bgtau…simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje… Takper yer mak…kiter kasi orang lain baca…
Kiter stop dulu…sebab kawan kiter dah lama tunggu tu…
akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih
kerana membesarkan kiter… memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang… boleh rasa duduk kat negara orang…
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih.

Yang Benar
Anak mak yang dah tak degil

Pesanan : Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu, berbaktilah kepada mereka sebaik mungkin sepanjang saki baki hidup mereka sebelum mereka pergi meninggalkan anda.
Catatan : Tidak diketahui adakah ini cerita benar atau rekaan semata-mata

Posted in Kisah Muktabar | 2 Comments »

Hari Ibu Wajar Disambut

Posted by abusyameel on May 8, 2010

Tahun ini Negara kita memilih hari Ahad kedua bulan Mei sebagai sambutan Hari Ibu iaitu jatuh pada 9 Mei. Timbul persoalan, bolehkah menggembirakan ibubapa dengan meraikan Mother’s Day dan Father’s Day? Sebahagian tokoh melarang sambutan Mother’s Day dan Father’s Day. Hujah mereka adalah:

1. Hari perayaan dalam Islam hanya dua, iaitu ‘Idul Fitri dan ‘Idul Adha. Apa-apa perayaan yang lain adalah bid’ah yang dilarang oleh agama

2. Seandainya Mother’s Day dan Father’s Day adalah baik, sudah tentu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam akan menganjurkannya kepada para sahabat pada zaman baginda.

3. Mother’s Day dan Father’s Day adalah perayaan orang bukan Islam dan kita umat Islam dilarang daripada mengikuti mereka.

4. Berbuat baik kepada ibu dan ayah adalah tuntutan sepanjang tahun dan bukannya pada satu dua hari tertentu dalam setahun. Sekalipun tokoh-tokoh yang melarang adalah mereka
yang dihormati, itu tidaklah bermakna hujah-hujah mereka tidak boleh dibuka untuk analisa.

Dalam menganalisa hujah-hujah mereka berkenaan sambutan Mother’s Day dan Father’s
Day, saya dapati ianya adalah lemah. Sebabnya:

1. Perayaan bid‘ah yang dilarang adalah perayaan yang bersangkutan dengan agama. Aidul Fitri dan Aidul Adha adalah hari perayaan keagamaan, kerana itulah pada hari tersebut kita dituntut untuk bertakbir dan melaksanakan solat sunat. Adapun hari Mother’s Day dan
Father’s Day, maka ia adalah perayaan yang bersangkutan dengan adat manusia, sepertimana
perayaan Hari Guru, Hari Warga Tua dan sebagainya. Tidaklah termasuk dalam perbincangan bid‘ah atau sunnah apa yang bersangkutan dengan adat manusia.

2. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menganjurkan Mother’s Day dan Father’s Day pada zaman baginda kerana suasana yang memerlukannya tidak wujud. Di kalangan sahabat, ada yang ibubapa mereka memusuhi Islam. Maka sememangnya tidak perlu berbuat baik kepada mereka. Bagi sebahagian sahabat yang lain, mereka tinggal bersama atau berhampiran ibubapa sehingga tidak memerlukan hari yang istimewa untuk berbuat baik kepada ibubapa.

Berbeza dengan masa kini, kebanyakan kita (anak-anak) berada jauh daripada ibubapa, sama ada kerana pembelajaran atau kerjaya. Suasana ini menyebabkan kita perlu mencari ruang untuk berbuat baik kepada ibubapa semampu boleh sambil meneruskan kehidupan
sendiri. Meraikan ibubapa pada Mother’s Day dan Father’s Day adalah salah satu daripada ruang tersebut.

3. Tidaklah semua yang berasal daripada kaum bukan Islam adalah dilarang. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah meminta para tawanan Perang Badar untuk mengajar umat Islam membaca dan menulis. Baginda juga pernah beberapa kali menggunakan strategi peperangan bangsa lain dalam ekspedisi jihadnya. Justeru larangan mengikuti kaum bukan Islam sebenarnya ditujukan kepada sesuatu yang merupakan ciri-ciri keagamaan mereka yang masih dipraktikkan. Merujuk kepada hari perayaan, kita umat Islam dilarang
untuk turut serta merayakan atau meniru hari keagamaan mereka, seperti Hari Easter, Hari Thaipusam, Hari Wesak dan sebagainya. Mother’s Day dan Father’s Day bukanlah hari keagamaan kaum bukan Islam.

4. Hujah “Berbuat baik kepada ibu dan ayah adalah tuntutan sepanjang tahun dan bukannya pada satu dua hari tertentu dalam setahun” adalah bukti bahawa yang berhujah tidak berpijak di atas bumi yang nyata. Bahkan ia boleh digunakan untuk bertanya kembali kepada
mereka: “Jika begitu kenapakah anda saat ini tidak berada dan sentiasa berada di sisi ibubapa anda?” Berbuat baik kepada ibubapa tidaklah bererti duduk di sebelah mereka sepanjang masa.

Akan tetapi ia adalah mengimbangi dengan adil antara berbuat baik kepada
mereka dan meneruskan kehidupan sendiri. Salah satu daripada perimbangan tersebut ialah meraikan ibubapa pada hari Mother’s Day dan Father’s Day. Sudah tentu adalah lebih baik jika anak-anak dapat mewujudkan ruang yang lebih kerap untuk berbuat baik kepada ibubapa
mereka.

Oleh itu meraikan Mother’s Day dan Father’s Day adalah harus, terbuka kepada kedudukan setiap anak-anak. Sesiapa yang mendapati ianya dapat menggembirakan ibubapa mereka, maka teruskanlah. Namun sesiapa yang dapat mewujudkan ruang lain untuk menggembirakan ibubapa mereka tanpa terhad kepada Mother’s Day dan Father’s Day, sudah tentu ia adalah lebih baik. Penjelasan yang sama juga ditujukan kepada
beberapa hari-hari yang lain seperti sambutan Hari Jadi.

Disunting daripada buku Wahai Ibu Wahai Ayah :oleh Hafiz Firdaus Abdullah.

Posted in Amal Soleh | Leave a Comment »

Menjadi Penghuni Surga Kerana Tidak Perasaan Dengki

Posted by abusyameel on May 7, 2010

Diriwayatkan dari Anas bin Malik dia berkata, “Ketika kami duduk-duduk bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tiba-tiba beliau bersabda, ‘Sebentar lagi akan datang seorang laki-laki penghuni Surga.’ Kemudian seorang laki-laki dari Anshar lewat di hadapan mereka sementara bekas air wudhu masih membasahi janggutnya, sedangkan tangan kirinya membawa selipar.

Esok harinya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda lagi, ‘Akan datang di hadapan kalian seorang laki-laki penghuni Surga.’ Kemudian muncul lelaki yang seperti hari sebelumnya.

Keesokan  harinya lagi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Akan datang di hadapan kalian seorang lelaki penghuni Surga!!’ Tidak berapa lama kemudian orang itu masuk sebagaimana kondisi sebelumnya; bekas air wudhu masih memenuhi janggutnya, sedangkan tangan kirinya membawa selipar.

Setelah itu Rasulullah bangkit dari tempat duduknya. Sementara Abdullah bin Amr bin Ash mengikuti lelaki tersebut, lalu ia berkata kepada lelaki tersebut, ‘Aku mempunyai masalah dengan orang tuaku, aku berjanji tidak akan pulang ke rumah selama tiga hari. Jika engkau mengizinkan, maka aku akan menginap di rumahmu untuk memenuhi sumpahku itu.’

Dia menjawab, ‘Silakan!’

Anas berkata bahwa Amr bin Ash setelah menginap tiga hari tiga malam di rumah lelaki tersebut tidak pernah mendapatinya sedang qiyamullail, hanya saja tiap kali terjaga dari tidurnya ia membaca dzikir dan takbir hingga menjelang subuh. Kemudian mengambil air wudhu.

Abdullah juga mengatakan, ‘Saya tidak mendengar ia berbicara kecuali yang baik.’

Setelah menginap tiga malam, saat hampir saja Abdullah menganggap remeh amalnya, ia berkata, ‘Wahai hamba Allah, sesungguhnya aku tidak sedang bermasalah dengan orang tuaku, hanya saja aku mendengar Rasulullah selama tiga hari berturut-turut di dalam satu majelis beliau bersabda, ‘Akan lalu di hadapan kalian seorang lelaki penghuni Surga.’ Selesai beliau bersabda, ternyata yang muncul tiga kali berturut-turut adalah engkau.

Oleh sebab itu aku ingin menginap di rumahmu ini, untuk mengetahui amalan apa yang engkau lakukan, sehingga aku dapat mengikuti amalanmu. Sejujurnya aku tidak melihatmu mengerjakan amalan yang berpahala besar. Sebenarnya amalan apakah yang engkau kerjakan sehingga Rasulullah berkata demikian?’

Kemudian lelaki Anshar itu menjawab, ‘Sebagaimana yang kamu lihat, aku tidak mengerjakan amalan apa-apa, hanya saja aku tidak pernah mempunyai rasa iri kepada sesama muslim atau hasad terhadap kenikmatan yang diberikan Allah kepadanya.’

Abdullah bin Amr berkata, ‘Rupanya itulah yang menyebabkan kamu mencapai darjat itu, sebuah amalan yang kami tidak mampu melakukannya’.”

Sumber : Al-sofwah.or.id

Posted in Kisah Muktabar | Leave a Comment »

Bebasnya pembunuh Malcolm X

Posted by abusyameel on May 5, 2010

Pejuang hak asasi kulit hitam Malcolm X telah dibunuh 45 tahun lalu. Pembunuhan ini dianggap kejayaan usaha melenyapkan perjuangan menuntut hak kalangan orang kulit hitam di Amerika Syarikat (AS) selepas gerakan besar-besaran dekad 1960-an.

AS memperagakan dirinya sebagai negara yang menjulang tinggi hak asasi manusia. Semua perkara mahu dilihat dari laras hak asasi termasuk mencampuri hal ehwal negara lain yang dianggap memijak hak asasi. Tetapi tragedi yang menimpa seorang pejuang hak asasi seperti Malcolm X tidak terbela selayaknya.

Rabu lalu pembunuh yang menembak mati Malcolm X di Harlem pada 21 Februari 1965 telah dibebaskan, walaupun di atas kertas dikatakan parole. Parole adalah pembebasan bersyarat dan dipantau oleh pihak penjara.

Pembebasan Thomas Hagan yang kini berusia 69 tahun dianggap memijak perjuangan hak asasi yang selama ini dilaung-laungkan oleh AS. Kerana itu banyak pihak terutama kalangan kulit hitam menganggap pembebasan Hagan tidak wajar berlaku di negara yang kononnya memperjuangkan hak asasi.

Malah pembebasan itu juga memperlihatkan Malcolm X seorang Islam yang kurang disenangi oleh AS. Bukan hanya dia pejuang hak asasi tetapi seorang Islam yang sangat berpengaruh hingga boleh membina satu gerakan massa dekad 1960-an. Biarpun dalam catatan sejarah pembunuhan itu berpunca dari perpecahan pergerakan Nation of Islam tetapi agenda lain adalah kerana Malcolm X seorang pejuang, beliau juga seorang Islam.

Banyak agensi berita Barat melaporkan Hagan dipenjara selama 45 tahun. Tetapi hanya segelintir saja yang melaporkan “keistimewaan” yang diberikan kepada pembunuh ini oleh pihak berkuasa Penjara Manhattan. Malah banyak agensi berita Barat juga memberikan gambaran kesukaran untuk Hagan mendapat parole kerana ini adalah rayuannya kali ke 18.

Realitinya Hagan hanya dipenjarakan yakni dikurung selama 23 tahun saja. Sementara 22 tahun hingga diberikan pembebasan parole Hagan sudah diletakkan bawah satu program pembebasan. Siapa tahu bahawa selama 22 tahun itu Hagan hanya bermalam dua kali seminggu di Penjara Manhattan sementara lima hari lagi dia bersama keluarganya.

Pengarah Eksekutif Pertubuhan Afro-Amerika, James Small memberitahu agensi berita BBC, “Pembunuh Malcolm X wajar dipenjara hingga mati.” Walaupun Hagan berulang kali meluahkan kekesalan kerana terlibat dalam pembunuhan itu, kalangan kulit hitam Islam menganggap dia tidak diberikan balasan yang setimpal.

Hagan dikatakan satu-satunya pembunuh yang mengaku menembak Malcolm X ketika sedang berucap di Harlem. Malah dia juga mengaku bahawa dua tertuduh lagi tidak terlibat membunuh Malcolm X. Kedua- dua penjenayah itu telah diberikan pembebasan parole pada 1980.

Membebaskan

Sebenarnya AS telah lama membebaskan pembunuh pejuang hak asasi sekalipun di luar AS negara ini menonjolkan diri sebagai tempat yang menjunjung hak asasi. Buktinya sudah 22 tahun pembunuh Malcolm X dibebaskan walaupun memegang status banduan selama 45 tahun. Semua ini memperlihatkan pembunuhan Malcolm X bukan hanya kerana pergeseran antara Malcolm X dengan pemimpin utama Nation of Islam, Elijah Muhammad. Tetapi pembunuhan juga disebabkan kelantangan Malcolm X memperjuangkan kedudukan golongan kulit hitam yang tertindas di negara hak asasi ini.

Buktinya Malcolm X pernah menggambarkan pemimpin- pemimpin kulit putih AS sebagai “syaitan bermata biru” dalam banyak ucapan-ucapan sekaligus menggerakkan kesedaran kalangan kulit hitam. Maka membebaskan pembunuh yang sepatutnya dipenjarakan sepanjang hayat adalah pencabulan AS terhadap prinsip hak asasinya sendiri.

Banyak kisah tentang pertentangan pergerakan kulit hitam dengan pemimpin kulit putih tidak diperkatakan. Apa lagi Malcolm X seorang Islam telah dibunuh oleh seorang Islam dalam pergerakan yang sama iaitu Nation of Islam. Jadi, ini seolah-olah memperlihatkan pembunuhan bukan disebabkan pergerakan hak asasi tetapi pertelingkahan dalaman Nation of Islam.

Pergerakan massa dekad 1960-an khususnya golongan kulit hitam yang beragama Islam memang berpengaruh. Semua ini digerakkan oleh Nation of Islam di mana Malcolm X salah seorang penggeraknya. Tetapi selepas Malcolm X kembali dari menunaikan haji, pegangan dan prinsip antara Malcolm X dan Elijah Muhammad bertentangan. Malcolm X menjauhkan diri dari Nation of Islam dan dianggap oleh puak ekstrem kepada Elijah Muhammad sebagai memecahkan pergerakan itu.

Banyak desas-desus mengaitkan penglibatan CIA yang membawa kepada pembunuhan Malcolm X. Bagaimanapun kerana pergerakan kulit hitam sangat terbatas, dakwaan pembunuhan itu didalangi oleh CIA hilang begitu saja. Tetapi kalau dilihat tragedi pengeboman rumah Malcolm X seminggu sebelum dibunuh di Harlem, tentu sukar untuk menolak penglibatan CIA.

Lalu yang kelihatan dalam catatan sejarah dunia sekarang adalah pertelingkahan antara Malcolm X dengan Elijah Muhammad membawa kepada pembunuhan itu. Semua ini dengan sendirinya mengenepikan faktor-faktor arus massa yang digerakkan oleh Malcolm X khususnya yang Islam tentang hak-hak mereka di AS. Maka AS tetap kelihatan memperjuangkan hak asasi manusia kerana keupayaan mengalih tragedi pembunuhan Malcolm X bukan tragedi hak asasi. Kata pemimpin kulit putih atau “syaitan bermata biru” pembunuhan itu adalah salah faham dalaman sebuah pertubuhan agama.

Tetapi kenapa pula ketiga-tiga yang didakwa membunuh Malcolm X dan seorang mengakui melakukannya diberi keistimewaan? Hagan mungkin mempunyai cerita menarik mengenai Penjara Manhattan yang mempunyai program membolehkan premis itu dijadikan seperti hotel oleh banduan yang terpilih. Hagan telah menikmati keistimewaan itu walaupun dia baru saja diberikan parole.

Sumber: Utusan Online

Posted in Umum | Leave a Comment »

Adab-Adab Dalam Bergurau dan Berlawak

Posted by abusyameel on May 3, 2010


Bergurau dan berlawak merupakan hal lumrah yang dilakukan oleh setiap manusia. Namun demikian perlu diingatkan bahawa bergurau perlu menepati tuntutan syarak agar  tidak terjerumus kepada dosa dan mengundang kemurkaan Allah. Bergurau perlu ada batasan dan sempadan agar tidak melampaui batas sehingga menyebabkan orang lain sakit hati atau terluka disebabkan gurauan. Dalam beberapa riwayat menyebutkan bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam pernah bergurau ketika memanggil shahabatnya :
يَا ذَا اْلأُذُنَيْن
“Hai yang mempunyai dua telinga  ( riwayat al- Tirmizi )
Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam juga pernah berkata kepada seorang perempuan tua : “Tidak ada perempuan tua yang masuk surga”. Kemudian beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam membaca ayat :
إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً * فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا
“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) dengan langsung. Dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan “ [QS. Al-Waaqi’ah : 35-36] ( riwayat al- Tirmizi )
Dari Anas radliyallaahu ‘anhu diriwayatkan bahwa ada seorang laki-laki menemui Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam dan berkata: “Wahai Rasulullah, bawalah aku jalan-jalan”. Beliau berkata : “Kami akan membawamu berjalan-jalan menaiki anak unta”. Laki-laki itu pun berkata : “Apa yang dapat aku lakukan dengan anak unta?”. Beliau berkata :
وَهَلْ تَلِدُ الإِبِلَ إِلّا النُّوقُ

“Bukankah setiap unta adalah anak ibunya?”( riwayat Abu Daud)

Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu  diriwayatkan bahwa ia berkata : “Orang-orang bertanya : ‘Wahai Rasulullah, apakah engkau juga mengajak kami bergurau?’. Beliau menjawab :
إِنِّي لا أَقُولُ إِلّا حَقّاً

”(Ya, tapi) tidaklah aku hanya mengatakan sesuatu kecuali kebenaran (tanpa berdusta) ( riwayat al- Tirmizi )

Dari beberapa riwayat tentang gurauan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam terkumpul padanya 3 (tiga) perkara :
  1. Tidak berdusta  
  2. Dilakukan terhadap wanita, anak-anak, dan kalangan pria yang lemah yang butuh bimbingan.
  3. Jarang dilakukan/ Bukan kebiasaan
Tiga perkara di atas hendaknya diperhatikan oleh setiap orang Islam. Tidak halal hukumnya sengaja membuat lawak dengan hal-hal kedustaan agar manusia tertawa. Terdapat hadis ancaman mengenai perkara ini di mana Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam mengancam mereka yang membuat lawak dengan berdusta agar orang lain tertawa dengan sabdanya :
وَيْلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ فَيَكْذِبُ، لِيُضْحِكَ بِهِ الْقَوْمَ، وَيْلٌ لَهُ، وَيْلٌ لَهُ

“Neraka Wail bagi orang yang berbicara lalu berdusta untuk berlawak (membuat orang tertawa); neraka Wail baginya, neraka Wail baginya“ [5]

Dengan demikian, berlebihan dalam kelakar dan terus-terusan dengannya adalah terlarang, karena hal itu akan menjatuhkan kehormatan dan menumbuhkan dendam serta kemarahan. Adapun kalau sedikit, seperti yang telah disebutkan sebelumnya, maka hal itu mengandung kebaikan jiwa.

Posted in adab sesama islam | Leave a Comment »

Ketawa : Kesan Sama Dengan Bersukan

Posted by abusyameel on May 2, 2010


Tidak punya waktu untuk berbersukan? Paling tidak cubalah meluangkan waktu untuk ketawa. Ketawa berulang, menurut sebuah kajian dari Loma Linda University’s Schools of Allied Health (SAHP) and Medicine, mempunyai efek yang sama dengan bersukan terhadap tubuh.
Hasil kajian tersebut menunjukkan bahwa ketawa tidak hanya menguatkan mood positif, tetapi juga menurunkan hormon stres, meningkatkan aktivitas kekebalan tubuh, menurunkan kolesterol, dan tekanan darah. Efek ini sama dengan efek aktivitas fisik tingkat sedang.
Dalam kajian ini, peneliti memperlihatkan serangkaian video lucu dan video yang menjengkelkan kepada partisipan. Tepat sebelum dan sesudah melihat masing-masing video, peneliti mengambil sampel darah partisipan dan mengukur tekanan darah mereka.

Hasil ujian menunjukkan, video lucu mengubah tekanan darah, kadar hormon, dan endorfin sama seperti efek bersukan.
Dr. Lee S. Berk, pakar perawatan pencegahan dan peneliti psikoneuroimunologi dari Loma Linda University, telah mengerjakan kajian-kajian tentang ketawa selama hampir 30 tahun.
“Kita akhirnya mulai menyedari bahwa perilaku dan emosi kita sehari-hari mengatur tubuh kita dengan berbagai cara,” tutur Berk, seperti dikutip situs foxnews.com.

Posted in kehidupan dunia | Leave a Comment »

Surat Berantai: Awas !!! Pelihara Akidah Anda

Posted by abusyameel on May 2, 2010


Adakah anda pernah menerima surat berantai yang menyuruh kita menyebarkan surat tersebut sebanyak beberapa salinan?. Sekiranya dilakukan akan mendapat manfaat dan sekiranya mengabaikannya akan mendapat musibah. Saya masih ingat pertama kali mengenai surat berantai ini ialah semasa belajar di sekolah menengah. 

Isu  surat ini tidak berkesudahan dan masih wujud pada zaman yang serba canggih ini dengan cara yang ‘up to date’ sama ada melalui sms,  e-mel, twitter atau facebook. Semuanya berpunca daripada kejahilan dan tidak mempelajari ilmu akidah yang sebenar. Hanya menyebut “aku beriman dengan qada’ dan qadar’ tapi tidak pernah memahami dengan kefahaman yang sepatutnya.


Amat malang dalam dunia maju sekarang ini, masih ramai yang jahil tentang perkara seremeh ini (tetapi mempunyai kesan yang amat besar kepada aqidah) . berikut dipaparkan fatwa dari ulama terkemuka Dr Yusof Qardhawi dan juga fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Fatwa Dr Yusof Qardhawi 


WASIAT PALSU SYEIKH AHMAD
Dr. Yusuf Qardhawi

PERTANYAAN:
 
Pada suatu saat secara kebetulan saya menerima sepucuk surat dan setelah saya baca, saya merasa bingung mengenai isinya. Karena itu, saya mohon kesediaan Ustaz untuk menjelaskan isi surat tersebut, apakah benar atau tidak.

Surat tersebut ditandatangani oleh seorang fa’il khair (pembuat kebaikan, dermawan) yang berisi wasiat Syekh Ahmad, juru kunci makam (kubur) Rasulullah saw., yang ditujukan kepada segenap kaum muslimin di dunia timur maupun barat. Juga berisi macam-macam nasihat.

Pada bagian akhir surat tersebut dikatakan, “Di Bombay terdapat seseorang yang memperbanyak surat tersebut dan membagi-bagikannya kepada tiga puluh orang, lalu Allah memberikannya rezeki sebanyak dua puluh lima ribu rupiah; ada pula yang membagi-bagikannya lalu ia mendapat rezeki dari Allah sebanyak enam ribu rupiah. Sebaliknya, ada pula orang yang mendustakan wasiat tersebut, sehingga anaknya
meninggal dunia pada hari itu.” Dalam surat tersebut dikatakan bahwa orang yang telah memperoleh dan membaca wasiat itu tetapi tidak
menyebarkannya kepada orang lain, akan ditimpa musibah besar.

Bagaimanakah pendapat Ustaz mengenai masalah tersebut? Apakah benar atau tidak?

 
JAWAPAN:

Memang ramai  orang yang bertanya tentang  wasiat tersebut. Dan sebenarnya kemunculan surat wasiat ini bukan saja baru-baru ini, tetapi saya telah melihatnya sejak puluhan tahun lalu. Surat tersebut dinisbatkan kepada seorang lelaki yang terkenal dengan sebutan Syekh Ahmad, juru kunci makam Rasulullah saw.

Untuk memastikan  kebenaran berita yang disampaikan dalam surat  tersebut, saya pernah menanyakan kepada orang-orang di Madinah dan di Hijaz. Saya mencari informasi mengenai orang yang disebut Syekh Ahmad itu beserta aktivitasnya. Dari informasi yang didapat, ternyata tidak ada seorang pun di Madinah yang pernah melihat dan mendengar berita mengenai Syekh Ahmad ini. Tetapi sayangnya, wasiat yang menyedihkan itu telah tersebar luas  di negara-negara umat Islam.

Wasiat tersebut dengan segala isinya tidak ada arti dan nilainya sama sekali dalam pandangan agama. Di antara isi wasiat yang diasaskan  pada pendapat  Syeikh Ahmad yang katanya bermimpi bertemu Nabi saw. itu ialah tentang telah dekatnya hari kiamat.

Masalah berita kedekatan kiamat ini sebenarnya tidak perlu mengikuti pendapat  Syeikh Ahmad atau Syeikh Umar, karena Al-Qur’an telah mengatakan dengan jelas:

“… boleh jadi hari kebangkitan itu sudah dekat waktunya.” (Al Ahzab: 63)

Begitu pula Nabi saw. telah bersabda:

“Aku dan hari kiamat diutus (secara berdekatan) seperti ini. Beliau (mengatakan demikian) sambil memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Muttafaq ‘alaih dari hadits Anas dan Sahl bin Sa’ad)

Hal lain dari isi wasiat itu ialah bahwa kaum wanita sekarang sudah banyak yang keluar rumah, dan banyak yang telah menyimpang dari agama. Masalah ini pun sebenarnya tidak perlu mengambil sumber dari mimpi-mimpi, karena kita sudah mempunyai kitab Allah dan sunnah Rasul yang sudah memuaskan untuk dijadikan pedoman. Allah berfirman:

“… Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah Kucukupkan nikmat-Ku atas kamu, dan telah Kuridhai Islam menjadi agamamu …” (Al Maa’idah: 3)

Orang yang beranggapan bahwa Din Islam yang telah disempurnakan Allah ini masih memerlukan keterangan yang diwasiatkan oleh orang yang tidak dikenal itu, berarti dia meragukan kesempurnaan dan kelengkapan Dinul Islam. Islam telah sempurna dan telah lengkap, tidak memerlukan wasiat apa pun.

Isi wasiat tersebut jelas memperlihatkan kebohongan dan kepalsuan wasiat tersebut. Sebab, pewasiat telah mengancam dan menakut-nakuti orang yang tidak mau menyebarluaskannya bahwa ia akan mendapat musibah dan kesusahan, anaknya akan mati, dan hartanya akan
habis. Hal ini tidak pernah dikatakan oleh seorang manusia pun (yang normal pikirannya), terhadap kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Tidak ada perintah bahwa orang yang membaca Al Qur’an harus menulisnya setelah itu kemudian menyebarluaskannya kepada orang lain; dan jika tidak, akan terkena musibah. Begitu pula tidak ada perintah bahwa orang yang membaca Shahih Bukhari harus menulisnya dan menyebarluaskannya kepada khalayak ramai, sebab kalau tidak, akan tertimpa musibah.

Kalau Al Qur’an dan Sunnah Rasul saja tidak begitu, maka bagaimana dengan wasiat yang penuh khurafat itu? Ini merupakan sesuatu yang tidak mungkin dibenarkan oleh akal orang muslim yang memahami Islam dengan baik dan benar.

Kemudian dalam wasiat tersebut dikatakan bahwa si Fulan di negeri ini dan ini karena telah menyebarluaskan wasiat tersebut ia mendapat rezeki sekian puluh ribu ringgit. Semua itu merupakan khurafat dan penyesatan terhadap umat Islam dari jalan yang benar dan dari mengikuti Sunnah serta peraturan Allah terhadap alam semesta.

Untuk memperoleh rezeki, ada sebab-sebabnya, ada jalan dan aturannya. Adapun bersandar kepada khayalan dan khurafat seperti dalam wasiat itu adalah merupakan usaha untuk menyesatkan dan meyelewengkan akal pikiran umat Islam.

Kita perlu menjaga dan mengawasi kaum muslimin agar tidak membenarkan dan percaya kepada khurafat seperti ini dan agar tidak mempunyai anggapan bahwa orang yang menyebarluaskan wasiat palsu tersebut akan mendapat syafaat dari Nabi saw. sebagaimana yang dikatakan oleh penulis surat  yang batil
itu.

Sesungguhnya syafaat Nabi saw. juga diperuntukkan bagi umatnya yang pernah melakukan dosa-dosa besar. Hal ini sudah disebutkan dalam hadits-hadits sahih (dan tidak perlu bersumberkan pada wasiat melalui  mimpi; pent.) bahwa Rasulullah bersabda:

“Orang yang paling berbahagia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang telah mengikrarkan laa ilaaha illallah dengan perasaan ikhlas dan lubuk hatinya.” (HR Bukhari)

Kami mohon kepada Allah Azza wa Jalla semoga Ia berkenan menjadikan umat Islam mengerti tentang agama mereka. Semoga memberi petunjuk dan bimbingan kepada mereka ke jalan yang lurus, serta melindungi mereka agar tidak mempercayai berbagai khurafat, khayalan, dan kebatilan.

———————–
Fatwa-fatwa Kontemporer
Dr. Yusuf Qardhawi
Gema Insani Press

 

Fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1978

KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967- hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah:
  • Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),
  • anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934),
  • adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan
  • anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al- Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).
Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini”. (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.7/78/I).

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini “termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.”. Lagipun,”surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda”.

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini “paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim.”

Posted in Pemantapan Akidah | Leave a Comment »

Surah al-Ikhlas Menyamai Satu Pertiga al-Quran

Posted by abusyameel on May 2, 2010


Surah al-ikhlas merupakan surah yang diingati oleh setiap orang islam lantaran ayatnya yang pendek  iaitu hanya 4 ayat. Walaupun surah ini pendek tetapi ia mempunyai kelebihan yang amat besar disebabkan isi kandungannya yang berpaksikan tauhid dan mensucikan Allah daripada sifat-sifat yang tidak layak bagiNya. Surah ini mempunyai beberapa kelebihan berdasarkan hadis-hadis rasulullah saw.

Keutamaan Pertama: Surat Al Ikhlas Setaraf dengan Sepertiga Al Qur’an
Hal ini berdasarkan hadis,
Dari Abu Sa’id (Al Khudri) bahwa seorang laki-laki mendengar seseorang membaca dengan berulang-ulang ’Qul huwallahu ahad’. Tatkala pagi hari, orang yang mendengar tadi mendatangi Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam dan menceritakan kejadian tersebut dengan nada seakan-akan merendahkan surat al Ikhlas. Kemudian Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda, ”Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya surat ini sebanding dengan sepertiga Al Qur’an”. (HR. Bukhari no. 6643) [Ada yang mengatakan bahwa yang mendengar tadi adalah Abu Sa’id Al Khudri, sedangkan membaca surat tersebut adalah saudaranya Qotadah bin Nu’man.]
Begitu juga dalam hadits:
عَنْ أَبِى الدَّرْدَاءِ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ فِى لَيْلَةٍ ثُلُثَ الْقُرْآنِ ». قَالُوا وَكَيْفَ يَقْرَأُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ قَالَ « (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) يَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ ».
Dari Abu Darda’ dari Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam, beliau shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda, ”Apakah seorang di antara kalian tidak mampu untuk membaca sepertiga Al Qur’an dalam semalam?” Mereka mengatakan, ”Bagaimana kami mampu membaca sepertiga Al Qur’an?” Lalu Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda, ”Qul huwallahu ahad itu sebanding dengan sepertiga Al Qur’an.” (HR. Muslim no. 1922)
Imam al-Nawawi mengatakan, dalam riwayat yang lainnya dikatakan, ”Sesungguhnya Allah membahagi Al Qur’an menjadi tiga bahagian. Lalu Allah menjadikan surat Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash) menjadi satu bagian dari 3 bagian tadi.
Adakah Surat Al Ikhlas boleh menggantikan sepertiga Al Qur’an?
Maksudnya adalah apakah seseorang apabila membaca Al Ikhlas sebanyak tiga kali sudah sama dengan membaca satu Al Qur’an 30 juz? [Ada sebagian orang yang meyakini hadits di atas seperti ini.]
Jawabannya: tidak. Karena ada suatu kaedah: “Sesuatu yang bernilai sama, belum tentu dapat menggantikannya.”
Walaupun Surah ini sama dengan sepertiga Al Qur’an, namun tidak boleh menggantikan Al Qur’an. Salah satu buktinya adalah apabila seseorang mengulangi surat ini sebanyak tiga kali dalam shalat, tidak mungkin boleh menggantikan surat Al Fatihah (karena membaca surat Al Fatihah adalah rukun shalat). Surah  Al Ikhlas tidak mencukupi atau tidak boleh menggantikan sepertiga Al Qur’an, namun dia hanya bernilai sama dengan sepertiganya.
Bukti lainnya adalah seperti hadits :
مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ عَشْرَ مِرَارٍ كَانَ كَمَنْ أَعْتَقَ أَرْبَعَةَ أَنْفُسٍ مِنْ وَلَدِ إِسْمَاعِيلَ
”Barangsiapa mengucapkan (لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ) sebanyak sepuluh kali, maka dia seperti memerdekakan empat budak keturunan Isma’il.” (HR. Muslim no. 7020)
Pertanyaannya : Apakah jika seseorang memiliki kewajiban kafaroh, dia cukup membaca dzikir ini?

Jawapannya : Tidak cukup dia membaca zikir ini. Karena sesuatu yang bernilai sama belum tentu dapat menggantikan. (Diringkas dari Syarh Al Aqidah Al Wasithiyyah 97-98, Tafsir Juz ‘Amma 293)

Semoga kita dapat mengamalkan surah ini dalam kehidupan seharian sehingga dijemput maut.
Disunting daripada sumber : www.rumaysho.com

Posted in Keagungan al-Quran | Leave a Comment »

Pelik Tapi Benar: Surat Umar Kepada Sungai Nil

Posted by abusyameel on May 1, 2010

Oleh: Ustaz Hj Zahazan Mohamed

Semasa Amru Bin Al-As menjadi Gabenor Islam di Mesir yang dilantik oleh Sayidina Umar Al-Khattab r.a., beliau menghadapi satu cabaran iaitu musim kemarau yang menyebabkan keringnya Sungai Nil yang merupakan sumber utama bekalan air ke seluruh Negara tersebut.

Memang menjadi tradisi orang-orang Qibti, yang merupakan masyarakat pribumi Negara Mesir, untuk mengadakan upacara korban dalam sesuatu tempoh untuk ‘penunggu’ yang kononnya ditugaskan menjaga Sungai Nil. Kononnya dengan cara itu mereka akan mendapat keberkatan rezeki.

Secara kebetulan pula, berlaku kemarau. Ini menyebabkan penduduk-penduduk memohon untuk mengadakan upacara tersebut bagi mengelak keadaan kemarau yang lebih teruk. Amru bin al-As berusaha menghentikan perbuatan mungkar tersebut di atas prinsip Islam yang mengharamkan upacara memuja syaitan dan jin. Dia segera memaklumkan kejadian itu kepada Khalifah Umar al-Khattab r.a. di Madinah.

Sayidina Umar segera menghantar surat maklum balas, bersama sepucuk surat lain dan meminta Amru supaya mencampakkan surat yang alamatnya ditulis “Buat Sungai Nil” itu ke dalam Sungai Nil.

Isi kandungan surat:
“Dari hamba Allah, Amirul Mukminin kepada Nil Mesir. Segala puji buat Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah. Jika engkau mengalir kerana kehendakmu semata-mata, maka janganlah engkau mengalir lagi. Tetapi jika Allah SWT yang mengalirkanmu , maka kami memohon kepada Allah agar mengalirkan kamu semula!”

Dengan karamah Sayidina Umar r.a., pada hari yang sepatutnya penduduk Mesir kembali melakukan amalan syirik itu, Sungai Nil menjadi lebih luas dan lebih banyak airnya. Allah SWT telah mentakdirkan agar tradisi syirik itu berakhir di tangan Khalifah yang sangat dicintai oleh semua umat Islam, Sayidina Umar al-Khattab r.a.

Rujukan: Tafsir Al-Qurtubiy dan Hasyiat al-Sawiy ‘ala al-Jalalain,
tafsir ayat 57-58 Surah Asy-Syu’ara yang bermaksud;

“Dengan sebab itu maka Kami jadikan mereka (Firaun dan tenteranya) keluar meninggalkan kebun-kebun dan matair. Dan juga khazanah-khazanah kekayaan serta tempat tinggal yang mulia.]”

*Sungai Nil adalah sungai yang terpanjang di dunia mencecah 6690KM.

Sumber : http://yeopmadiny.blogspot.com/2010/03/surat-kepada-sungai-nil.html

Posted in Kisah Muktabar | Leave a Comment »

Tips Membeli Laptop

Posted by abusyameel on April 30, 2010

Apa yang anda perlu tahu sekiranya anda ingin membeli laptop?

Sebelum membeli laptop, anda perlu menggolongkan diri anda supaya anda tahu laptop jenis apa yang sebenarnya anda perlukan. Pengguna laptop secara umumnya boleh dibahagikan kepada 3 bahagian:
1. Mobiliti (mudah dibawa ke mana-mana)
2. Kegunaan ringan (untuk membuat kerja-kerja pejabat, kerja rumah dan melayari internet)
3. Kegunaan berat (pengaturcaraan, multimedia, animasi dan game)

Mobiliti

Selalunya pengguna mobiliti terdiri daripada mereka yang selalu menggunakan laptop di luar kawasan, seperti pekerja pemasaran, jualan dan pelajar universiti. Untuk penggunaan seperti ini, ciri-ciri yang sepatutnya ada pada laptop anda adalah:
• Laptop bersaiz dan berat yang sederhana, antara 1kg hingga 2.5kg
• Saiz skrin 12-14 inci, jenis crystal bright untuk memudahkan paparan skrin pada cuaca yang tidak menentu
• Memori antara 1GB hingga 3GB bergantung pada penggunaan
• Elakkan beg laptop sandang sebelah bahu (kurang mobiliti, mudah dikesan oleh peragut)
• Menggunakan pemproses Intel Centrino (mengurangkan suhu panas laptop)
• Tempoh operasi bateri yang lama tanpa dicas
• Jenama disyorkan: ASUS, ACER, Lenovo, Apple

Penggunaan ringan

Selalunya pengguna jenis ini hanya menggunakan laptop pada waktu-waktu dan fungsi-fungsi kecil seperti melayari internet, membuat dokumentasi dan mendengar lagu. Ciri-ciri yang sepatutnya ada pada laptop anda adalah:
• Laptop bersaiz sederhana besar, antara 2kg hingga 3kg
• Tempoh jangka hayat bateri yang lama kerana selalunya pengguna ini akan menggunakan laptop dalam keadaan bateri dicas
• Memori antara 1GB hingga 2GB bergantung pada penggunaan
• Menggunakan prosessor 1 teras (Intel Atom, Pentium D, AMD)
• Jenama/jenis disyorkan: Netbook, Compaq, BenQ, Toshiba

Penggunaan berat

Selalunya pengguna jenis ini adalah pengguna laptop yang ekstrem dan mahir. Ciri-ciri yang sepatutnya ada pada laptop anda adalah:
• Laptop bersaiz dan berat yang sederhana, antara 2kg hingga 3kg
• Saiz skrin yang besar antara 14 hingga 17 inci
• Tempoh jangka hayat bateri yang lama kerana selalunya pengguna ini akan menggunakan laptop dalam keadaan bateri dicas
• Memori antara 2GB hingga 4GB bergantung pada penggunaan
• Mempunyai kad grafik sebagai bantuan kepada pemproses utama dan memori
• Menggunakan prosessor 2 hingga 4 teras (Quad Core, Core 2 Duo, AMD Turion)
• Jenama/jenis disyorkan: IBM, Lenovo, Dell, Apple

Walaubagaimanapun, ini semua bergantung kepada tahap kepenggunaan individu. Jenama laptop yang disyorkan adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian dari pengguna-pengguna terdahulu. Anda boleh membuat penilain sendiri berdasarkan panduan di atas.

Apa yang paling penting sekali ialah penjagaan kerana laptop mempunyai papan litar yang sangat padat. Paling utama adalah elakkan dari kepanasan. Sekiranya kepanasan melampau, selalunya akan merosakkan memori (RAM) dan upaya prosessor untuk memproses data dengan lebih baik.

Sumber : http://pakarkomputer.my/

Posted in internet dan komputer | Leave a Comment »