Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

Malaikat Berdoa Kepada Sesiapa Yang Berdoa Untuk Orang Lain

Posted by abusyameel on April 7, 2010

Antara amalan mulia yang diajar oleh Rasulullah saw ialah berdoa untuk saudara seagama yang  lain tanpa pengetahuannya. Amalam ini menyebabkan para malaikat berdoa agar kebaikan yang dipohon itu juga menjadi miliknya. 

Doa seperti ini juga adalah mustajab sebagaimana sabda Rasulullah saw.

Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya : “ Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim). 
 Dalam satu riwayat lain juga daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).
Daripada Ibnu Umar RA, Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud : “Doa yang paling segera dimakbulkan ialah doa secara ghaib (tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu).” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).
 Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berdoa untuk kebaikan saudara muslim kita. Jangan  doa kita hanyalah semata-mata untuk diri kita sahaja. Begitu indah dan cantiknya ajaran Islam. Islam mendidik kita agar tidak tidak mementingkan diri sendiri.
Apatah lagi janji Rasulullah saw bahawa doa yang dipanjatkan untuk orang lain tanpa pengetahuannya akan dimakbulkan oleh Allah dan diaminkan oleh para malaikat,makhluk Allah yang terpelihara daripada dosa.
Sekiranya anda seorang pelajar, disamping berdoa untuk kebaikan diri sendiri jangan lupa untuk berdoa kepada ibubapa anda, guru-guru anda dan rakan seperjuangan yang bersama-sama ingin mencipta kecemerlangan dalam akademik. Dengan amalan ini, jiwa anda akan suci dan murni daripada sifat hasad dengki dan iri hati terhadap rakan sebaya.
Semoga Allah memberi taufik dan  kekuatan iman kepada kita untuk mengamalkan amal soleh yang bermanfaat ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: