Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

Doakan Ustaz Sentiasa dalam Doa Kalian

Posted by abusyameel on April 6, 2010

Semalam tepat jam 12.00 tengah malam sms diterima bertubi-tubi daripada para pelajar. Tujuan mereka sama iaitu untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada ustaz. Pelbagai grafik yg menarik serta ungkapan doa-doa disertakan. Ada juga pelajar yang menghubungi semata-mata untuk mengucapkan perkara yang sama.

Mereka ini adalah para pelajar yang sedang menuntut ilmu dengan ustaz, ada bekas pelajar yang pernah belajar di sekolah ini dan bekas pelajar di sekolah dulu yang pernah menuntut ilmu dengan Ustaz. Ustaz berasa amat terharu dengan perkara sedemikian. walau pun telah lama berpisah dan telah membawa hala tuju masing-masing mereka masih lagi mengingati ustaz mereka yang garang ini.

Semua itu bukan harapan dan impian seorang guru daripada muridnya. Memadailah dengan sentiasa mendoakan kebaikan dunia dan akhirat untuk ustaz sekeluarga dalam doa kalian. Ilmu-ilmu yang dipelajari sila praktikkan dalam kehidupan harian dan jadilah hamba Allah yang bertakwa dan beramal soleh.

Sekiranya terdapat jasa baik dan bakti daripada ustaz, balaslah dengan doa sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Siapa yang memohon perlindungan dengan nama Allah , maka lindungilah dia. Dan siapa yang meminta dengan nama Allah, maka berilah ia. Dan siapa yang berbuat baik kepadamu, balaslah kebaikannya. Jika anda tidak mampu, maka doakanlah untuknya sehingga dia tahu bahwa anda telah memberinya yang setimpal.” ( Riwayat Imam Abu dawud)

Tiada perkara yang paling mengembirakan ustaz melainkan bila ilmu agama yang ustaz kongsikan bersama pelajar diterjemahkan dalam kehidupan mereka dengan sebaik mungkin. Ustaz amat-amat berbangga, gembira, senang hati dan rasa dihargai bila ilmu yang diajar diamalkan oleh pelajar. Sebaliknya rasa kecewa, geram dan sakit hati bila ilmu disia-siakan. Inilah yang dinamakan dengan ilmu yang bermanfaat yang akan memberi kebaikan kepada kita sepanjang masa walaupun telah meninggal dunia.

Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ;
Apabila anak Adam meninggal dunia maka terputuslah semua amalannya melainkan tiga perkara :

1-sedekah jariah
2- ILMU YANG DIMANFAATKAN
3- Anak soleh yang mendoakan untuknya.

Bila para pelajar sekalian mengingati ustaz, panjatkanlah doa walau berada di mana sahaja. Sebutkanlah nama ustaz dalam doa kalian sebagaimana ustaz sekeluarga sentiasa mendoakan kejayaan dunia dan akhirat untuk kalian semua. Semoga Allah sentiasa merahmati dan membimbing kita semua ke jalan yang diredaiNya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: