Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

Dua Rakaat Sunat Subuh : Kenapa Susah Sangat?

Posted by abusyameel on April 4, 2010

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:

“Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya”.

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Aisyah r.a bahawa Rasulullah saw tidak
meninggalkan solat empat rakaat sebelum zohor dan DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH.

Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:

Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda amat mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain. ( riwayat Imam al-Bukari dan Muslim)

Di sini dinukilkan beberapa hadis sahih mengenai betapa besarnya ganjaran dan betapa Rasulullah saw amat mengambil berat tentang dua rakaat sunat subuh ( fajar).

Kenapa susah sangat untuk melaksanakannya padahal kita bangkit dari tidur dalam keadaan segar, bertenaga dan belum disibukkan dengan urusan kehidupan kita.

Alangkah ruginya kita sekiranya amalan yang mudah tetapi amat besar ganjarannya ini diabaikan begitu sahaja. Alangkah menyesalnya mereka ini bila kembali ke alam akhirat nanti disebabkan kelalaian dan sikap memandang remeh amalan sunnah seperti ini.

Alangkah beruntung sesiapa yang istiqamah dengan amalan ini kerana ganjaran dan balasan yang dijanjikan oleh Allah untuknya bila kembali ke akhirat.

Kenapa susah sangat untuk menunaikan amalan sunnah, amal soleh dan perkara yang Allah redai?. Kenapa mudah sangat untuk melakukan perkara yang didorong oleh hawa nafsu dan syaitan, perkara melalaikan dan perkara yang mengundang kemurkaan Allah?.

Tepuk dada dan tanya iman masing-masing, ke arah mana kecenderungan anda?

Semoga Allah memberi taufik, hidayah dan kekuatan iman kepada kita untuk istiqamah melaksanakan semua amal soleh dan menjauhi semua pendurhakaan kepada Allah…Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: