Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

Bila Kita Atau Orang Lain Melakukan Kesilapan…

Posted by abusyameel on April 3, 2010

Dalam kehidupan seharian , kita tidak terlepas daripada berhadapan dengan kesilapan, sama ada kesilapan itu timbul dari orang lain atau dari diri kita sendiri kerana kesilapan dan kesalahan merupakan lumrah dan fitrah semulajadi seorang insan.
Oleh demikian, saya ingin berkongsi dengan pembaca beberapa tip dan kaedah untuk berhadapan dengan kesalahan semoga kita mendapat faedah darinya. Tip-tip ini kebanyakannya telah disebutkan secara ringkas oleh Ahmad bin Salim Al- Hausani dalam kitab beliau “20 قاعدة في استثمار الأخطاء ” .
1.      Hendaklah sedar bahawa manusia itu tidak ma’sum iaitu terpelihara dari melakukan kesilapan, mungkin kesalahan yang dilakukan oleh si fulan pada hari ini akan dilakukan oleh diri kita sendiri pada masa akan datang. Rasulullah s.a.w bersabda :
“كل ابن آدم خطاء
“setiap anak adam melakukan kesilapan”
(Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Ibn Majah, dan dinilai sebagai “Hasan” oleh Sheikh Al- Albani)
Oleh itu, maafkanlah kesilapan orang lain dan jangan cuba memperbesar-besarkannya serta hendaklah merahsiakannya seboleh mungkin. Rasulullah s.a.w bersabda :
“مَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا فِي الدُّنْيَا سَتَرَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ”
“Barangsiapa menutup (aib) seorang muslim di dunia, maka Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan akhirat” (Hadis Sahih menurut penilaian Shiekh Al- Arnaúth)
2.      Ikhlaskan niat ketika membetulkan kesilapan orang lain atau dalam memperbaiki kelememahan diri sendiri. Semua tindakan hendaklah dilakukan kerana Allah dan mengikut syariat Allah. Sesungguhnya syaitan akan berusaha sedaya upaya untuk melaga-lagakan manusia dan menyebarkan permusuhan antara mereka. Syaitan telah mengisytiharkan motif kehadiran ke dunia dengan bongkaknya di hadapan Allah s.w.t ialah untuk menyesatkan manusia, pada masa yang sama dia telah mengaku kalah terhadap hamba-hamba Allah yang benar-benar ikhlas kepadanya. Allah s.w.t berfiman tentang kata-kata syaitan ketika dihalau keluar dari syurga :
(قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ (82) إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ)
Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka”.
Semoga Allah memelihara kita semua daripada tipu muslihat syaitan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: