Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

Tutorial 2 : menjawab soalan hiwar (perbualan )

Posted by abusyameel on April 1, 2010

 Tutorial kali ini ialah mengenai cara mudah  untuk menjawab soalan hiwar. Bahagian hiwar inilah para pelajar banyak kehilangan markah. Puncanya ialah kerana tidak tahu maksud perkara yang dibincangkan. Telah diingatkan berkali-kali sila hafal perkataan sebanyak mungkin terutama isi-isi kandungan dalam buku teks.
Sila rujuk tips umum  menjawab soalan hiwar untuk mengetahui secara umum teknik menjawab soalan hiwar. Tutorial kali ini akan dibincangkan secara terperinci mengenainya.
1. sekiranya soalan dalam bentuk KATA KERJA MADHI, maka kekalkan ejaan kata kerja madhi itu tanpa apa-apa perubahan ( tidak perlu letak baris) dan berikan jawapan yang munasabah. Contoh :
  مَاذَا أَكَلْتَ؟ ( apa telah awak makan? )
  أكلت الخُبْزَ بِاللَبَنِ ( saya telah makan roti dengan susu)
# anda tidak perlu letak baris
2. sekiranya soalan dalam bentuk KATA KERJA MUDHARI’, maka perlu diubah ta’(awak) pada awal fi’il kepada hamzah ( saya ) serta berikan jawapan yang munasabah. Contoh :
مَاذَا تَقَرَأُ؟  ( apa yang sedang awak baca)
   أَقْرَأُ الجَرِيدَةَ( saya sedang membaca akhbar)
3. sekiranya dalam soalan terdapat pertanyaan tentang kata nama( ism ) yang bersambung dengan awak, sial tukar كَ ( awak) dengan   ي ( saya ) dan berikan jawapan yang munasabah. Contoh :
أيْنَ بَيْتُكَ؟ ( dimana rumah awak ?)
 بَيْتِي فِي بينجاي ( rumah saya di Binjai)
* ingat ! kata nama yang bersambung dengan كَ ( awak) perlu tukar dengan   ي ( saya ). Perbanyakkan latihan dan penggunaan agar menjadi biasa.
 كِتَابُكَ (Buku awak) ———  كِتَابِي (buku saya)
 دَرَّاجَتُكَ(Basikal  awak)———- دَرَّاجَتِي ( basikal saya)
أُّمُّكَ ( ibu awak) —————أُمِّي  (ibu saya)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: