Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

Hadis : Menuntut Keadilan Di Padang Mahsyar

Posted by abusyameel on March 31, 2010

Daripada Abu Hurairah r.a katanya: “Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:”Sesungguhnya sebarang hak tak dapat tidak mesti dibayar kepada tuannya sehingga kambing biri-biri yang tidak bertanduk diberikan peluang membalas kambing biri-biri yang bertanduk ‘iaitu menanduknya’ mengikut satu riwayat.”
( Riwayat Imam Muslim dan at-Tirmidzi )

Keterangan :

1.Beriman kepada Hari Kiamat adalah antara perkara yang termasuk di dalam rukun Iman dan wajib diyakini sepenuhnya oleh setiap Muslim.

2.Perbicaraan yang berlaku pada hari kiamat adalah menyentuh tentang semua aspek kehidupan makhluk semasa di dunia termasuk perkara-perkara berkenaan hak yang meliputi:

i. Perkara yang bersabit dengan perlakuan jenayah ke atas nyawa dan tubuh badan seperti bunuh-membunuh, tikam- menikam, pukul memukul, siksa menyiksa dan sebagainya termasuk melibatkan haiwan.

ii. Perkara yang bersabit dengan perlakuan jenayah yang mencemar kehormatan diri dan maruah seseorang seperti caci mencaci, memaki hamun, mengumpat, tuduh-menuduh dan sebagainya.

iii. Perkara yang bersabit dengan harta benda seperti mencuri, merompak, menipu, hutang-piutang dan seumpamanya.

3.Oleh itu bagi sesiapa yang mempunyai kesalah-kesalahan yang disebutkan akan menerima pembalasan yang seadilnya daripada Allah SWT. Antara balasannya adalah:

i. Menerima balasan daripada makhluk yang diperlakukan jenayah terhadapnya.

ii. Memberikan amal kebajikan kepada orang yang dianiayakan untuk membayar hutang orang yang dihutanginya atau member gantirugi dan sekiranya tiada lagi saki baki amalan yang tinggal untuk diberikan maka seseorang itu akan terpaksa menanggung hutang kesalahan orang yang dikhianati itu.

iii. Dimasukkan ke dalam neraka Jahannam.

4.Sebagai mukmin yang beriman kita hendaklah sentiasa berwaspada dalam setiap tindak tanduk di dunia dan sentiasa bermuhasabah, bertaubat memohon keampunan agar apabila meninggal kelak kita tidak termasuk di kalangan orang yang rugi.

Sumber : http://dakwah2u.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: