Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

Semangatku Yang Hilang…

Posted by abusyameel on March 29, 2010

Peristiwa pagi ini benar-benar telah merentap semangat aku. Bukan berputus asa, bukan kerana benci  dan bukan kerana dendam. Namun aku rasa sangat kecewa. Kesalahan yang sama diulang-ulang tanpa rasa bersalah. Amat-amat merasakan diri ini langsung tidak menyumbang kepada mereka. Lekehnya diri ini di mata mereka barangkali.
 Kesimpulannya ialah aku telah gagal. Aku seorang pendidik  yang gagal. Gagal segala-galanya. Gagal membentuk disiplin, gagal membina sahsiah diri yang mantap, gagal melahirkan insan takwa sepertimana yang dicita-citakan oleh mana-mana pendidik. Apa maknanya seorang pendidik bila ilmunya tidak dimanfaatkan oleh anak didiknya.
Bukannya kerana tidak bersabar. Telah banyak kali peluang diberikan agar membuat perubahan. Janji hanya tinggal janji. Sikap dan disiplin yang negatif juga yang ditunjukkan.
Adakah aku seorang yang terlalu sensitive?.  Ya benar, memang aku seorang yang amat sensitive. Maaf, aku tidak boleh membiarkan kesalahan-kesalahan itu berlalu begitu sahaja atau buat tidak  kisah sepertimana orang lain. Itu bukan sifat aku. Kesalahan kecil atau besar tetap sama. Salah tetap salah. Mungkar tetap mungkar.
Datang dengan mood yang terbaik tetapi sekelip mata dilenyapkan dengan sikap dan disiplin yang amat mengecewakan sebagai pelajar harapan sekolah. Amat-amat memalukan, amat-amat mengecewakan dan amat-amat merentap semangat.
 Amat-amat meletihkan dan memenatkan. Hilang kekuatan, hilang kegembiraan dan hilang semangat. Semangatku direntap oleh pelajarku sendiri.  
Entahlah bila semangat ini akan datang semula. Adakah ia akan datang kembali atau akan lenyap sampai bila-bila?.
Ya Allah rahmatilah aku, kasihanilah aku dan bantulah aku…aku benar-benar berserah kepadaMu Ya Rabb…
Maafkan ustaz kerana gagal mendidik anda semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: