Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

Posted by abusyameel on March 18, 2010

 Amalan Mencemarkan Akidah : Membaca Horoscopes.
 Salah satu tindakan yang mencemari kemurnian tauhid yang tidak disedari ramai ialah membaca dan mempercayai Horoscopes. Horoscopes ialah bintang seseorang yang dengan itu dapat diramal kebaikan atau keburukannya. Bintang ini ditentukan berdasarkan tarikh lahir. Sebagai contoh, orang yang lahir antara 21 Mac hingga 19 April memiliki bintang Aries, orang yang lahir antara 20 April hingga 20 Mei memiliki bintang Taurus dan demikianlah seterusnya.
Asal usul horoscopes ialah menggunakan kedudukan bintang, planet dan matahari untuk
meramalkan kebaikan atau keburukan.
Di dalam Islam, kedudukan bintang, planet dan matahari tidak memainkan peranan untuk meramalkan kebaikan atau keburukan. Pada zaman Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam, terdapat kepercayaan yang menyamai amalan menggunakan bintang, planet dan matahari sebagai sumber ramalan. Kepercayaan tersebut ialah menggunakan bintang untuk meramalkan hujan. Rasulullah menolak amalan sedemikian kerana ia adalah satu bentuk kekafiran. Zaid bin Khalid al-Juhani radhiallahu ‘anh menerangkan:
 Kami bersolat subuh bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di Hudaibiyah setelah semalamnya turun hujan. Tatkala selesai, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menghadap orang ramai dan bersabda: “Tahukah kalian apa yang difirmankan oleh Tuhan kalian?” Mereka menjawab:
“Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Rasulullah menjawab (Allah berfirman): “Pada pagi ini ada di antara hamba-Ku yang
beriman kepada-Ku dan ada yang kafir. Adapun orang yang berkata hujan turun kepada kami kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya, maka dia beriman
kepada-Ku dan kafir kepada bintang. Sedangkan orang yang berkata hujan turun kepada kami kerana bintang itu dan ini, maka dia kafir kepada-Ku dan
beriman kepada bintang.”22
Adapun sebab Islam melarang penggunaan bintang, planet dan matahari sebagai sumber ramalan, adalah kerana ilmu-ilmu ghaib tidak tersimpan dalam objek-objek
tersebut. Apabila seorang muslim menggunakan bintang, planet dan matahari untuk membuat ramalan tertentu, seolah-olah dia mempercayai objek-objek tersebut mampu
mengkhabarkan kepada dia ilmu ghaib tentang sesuatu yang akan berlaku. Ini semua adalah kepercayaan yang salah kerana tiada siapa atau apa jua yang mengetahui
ilmu ghaib kecuali Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dengan itu juga, sikap seorang muslim terhadap Horoscope adalah seperti perbincangan yang lepas tentang
22 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis
no: 846 (Kitab al-Azan, Bab imam menemui orang ramai apabila selesai
salam).hukum mengunjungi bomoh. Seorang muslim bukan sahaja dilarang daripada membenarkan ramalan Horoscope tetapi juga membacanya. Seorang muslim tidak
boleh memiliki apa-apa urusan dengan Horoscope melainkan untuk menerangkan kesalahan dan kesiasiaannya kepada orang lain. Lebih lanjut, sikap kita terhadap ilmu ghaib tidak sahaja terhad kepada Horoscope tetapi apa jua benda
yang didakwa mampu memberi khabar tentang ilmu ghaib. Antara yang dimaksudkan ialah:
1. Menggunakan burung untuk memilih kad yang di sebaliknya tercatit ramalan tertentu.
2. Membaca alur-alur di tangan (palm reading).
3. Membaca gerak-geri dan wajah seseorang yang dengan itu kononnya dapat diramalkan sesuatu perkara. Bahkan ada yang mendakwa, dengan melihat tumit seorang wanita dia dapat mengetahui
sama ada wanita tersebut masih dara atau sebaliknya.
4. Melukis garis-garis dan membacanya dengan kaedah tertentu.
5. Bertanya kepada bebola kristal.
Seperkara lain yang perlu dicatat adalah, tindakan yang dilarang ialah menggunakan bintang, planet, matahari dan sebagainya sebagai sumber untuk
mengetahui ilmu ghaib. Berbeza hukumnya jika seorang muslim menggunakan objek-objek tersebut sebagai sumber ramalan yang bersandarkan kepada ilmu. Hal ini
dibolehkan. Oleh itu menggunakan bintang bagi menentukan arah perjalanan, menggunakan matahari dan bulan untuk kiraan masa, mengusahakan tanaman yang berlainan pada musim yang berlainan dan meramalkan hujan berdasarkan
arah tiupan angin adalah dibolehkan. Ini kerana pola susunan bintang, pergerakan matahari, peralihan musim dan arah tiupan angin tidak lain adalah sesuatu yang
dicipta oleh Allah untuk dimanfaatkan oleh manusia. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Dan Dia (Allah) memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintah-Nya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya. [al-Nahl 16:12] Dia-lah (Allah) yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia-lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya (tanda-tanda kebesaran-Nya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmah sesuatu yang dijadikan-Nya).
[Yunus 10:05]
Disunting daripada buku :
13 Perkara Yang Mencemari Kemurnian T a u h i d
Oleh :Hafiz Firdaus Abdullah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: