Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

Post Mortem Ujian Pengesanan 1 B. Arab

Posted by abusyameel on March 14, 2010

Secara umumnya ustaz sangat kecewa dengan pencapaian pelajar dalam peperiksaan yang baru lepas.  Ustaz telah mempermudahkan pelajar dengan memaklumkan pelbagai teknik, menerangkan tajuk-tajuk yang perlu diberi penekanan namun hasilnya amat kurang memuaskan pelajar kerana hanya 6 orang pelajar yang mendapat A. lebih menyakitkan hati terdapat 2 orang pelajar yang gagal.

  
Ustaz mengharapkan peperiksaan pertama 2010 ini menghadirkan berita gembira namun lain pula yang dapat. Ustaz terpaksa menyatakan kekecewaan ustaz kepada semua pelajar yang dikasihi sekalian semasa post mortem yang dijalankan pada hari Jumaat lepas. Ustaz terpaksa rotan sebab janji tetap janji. Ustaz terpaksa meleter, membebel, marah dan bercakap dengan suara yang lantang pada hari tersebut bukan untuk membunuh semangat nada atau membuatkan anda semua berputus asa. Tujuan ustaz ialah agar semua pelajar jangan memandang remeh subjek Bahasa Arab.
Ustaz tahu dan perasan beberapa orang pelajar menangis sama ada kerana sakit, kecewa, geram dan marahkan ustaz kerana tindakan ustaz. Semua itu ustaz lakukan semata-mata kerana cakna dan amat mengambil berat kepada anda semua. Tiada niat lain di hati ustaz selain untuk melihat anak-anak didik ustaz memperolehi kecemerlangan dalam subjek bahasa Arab. Ustaz memohon maaf sekiranya terlanjur kata dan bahasa yang menyakiti hati pelajar semua. Begitulah insan…
Tiada jalan pintas untuk cemerlang bahasa Arab melainkan anda semua WAJIB tekun menghafal tharwah sebanyak mungkin. Sebenarnya inilah punca kegagalan dan kekecewaan peperiksaan yang lepas. Malas menghafal ! malas menghafal! Malas menghafal!.  Amat mudah untuk melafazkan janji tapi begitu mudah untuk memungkirinya.
Tahniah Nurul Ain, Nik Fatin, Ainza, Khuza Asyikin, Anis Fazira  dan calon baru yang pertama kali mendapat A iaitu Nur Hidayah. Begitu juga kepada yang semakin  meningkat. Kepada yang merosot atau gagal, tingkatkan usaha anda. Mantapkan makna-makna kalimah dan kuasai teknik-teknik menjawab soalan yang dipelajari. Ustaz yakin anda semua mampu mencapai kecemerlangan. Jangan cepat berputus asa dan lemah semangat. Rakan anda boleh, kenapa anda tidak boleh? Fikir-fikirkan…
 Bersama kita tingkatkan usaha untuk memperbaiki kelemahan. jangan berputus asa. ustaz akan bantu sedaya upaya ustaz. Tapi ingat ustaz hanyalah pembimbing, diri anda yang menentukan berjaya atau gagal diri anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: