Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

Tips Menjawab Soalan Kefahaman

Posted by abusyameel on March 12, 2010

Soalan kemahaman ini terletak pada bahagian A. format dulu mempunyai tiga soalan dengan jawapan hendaklah dijawab dengan tulisan jawi ( Format baru mungkin dikekalkan ). Antara teknik-teknik untuk menjawab soalan ini ialah :
1. Baca soalan sekurang-kurangnya dua kali terlebih dahulu sebelum membaca teks. Ini bertujuan untuk pelajar mendapatkan gambaran sepintas lalu isi kandungan teks tersebut.

2. Baca teks sebanyak dua kali atau lebih. Catatkan makna perkataan yang diketahui.

3. Baca soalan kemudian cari jawapan dan tandakan jawapan dalam kurungan serta nombor soalan tersebut.

4. Tuliskan muqaddimah soalan sebelum meneruskan meneruskan jawapan anda.

5. Berikan jawapan kedua sekiranya jawapan pertama kurang meyakinkan.

 6. Berikan jawapan lebih dari yang diminta bagi soalan tertentu.

7. Berikan jawapan yang dirasakan betul dan jangan sama sekali ditinggalkan kosong tanpa jawapan

8. Berhati-hati membaca soalan. Bulatkan/gariskan kehendak soalan untuk mengelakkan tertinggal bagi soalan yang menghendaki dua jawapan.

9. Bulatkan/gariskan kata kunci soalan dan cuba cari jawapannya dalam teks soalan.

10. Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu.

Ingat, soalan bahagian inilah yang menyebabkan ramai pelajar kehilangan markah disebabkan tidak tahu makna teks. Kunci kecemerlangan Bahasa Arab bergantung kepada penguasaan anda dengan maknamakna teks. Oleh itu sila hafal perkataan sebanyak mungkin. Semoga tips-tips di atas dapat membantu anda semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: