Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

Keputusan SPM dan Rahmat Allah

Posted by abusyameel on March 11, 2010

11 Mac 2010 tarikh penting bagi calom SPM 2009 kerana keputusan peperiksaan akan diumumkan. segala penat lelah dan pengorbanan yang dilakukan sepanjang tahun lepas untuk mendapat keputusan yang cemerlang akan terjawab pada hari ini ( 11 Mac  2010).

Pada hari ini juga rahmat Allah turun dengan mencurah-curah bermula awal pagi setelah bumi kekeringan sejak beberapa bulan. pelbagai kesulitan yang dihadapi oleh semua hidupan sama ada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan lenyap  dengan datang rahmat Allah SWT ini. al-Hamdulillah, kami amat bersyukur kepadaMu ya Allah dengan anugerahMu ini. Betapa kasihnya Allah kepada ciptaanNya dan betapa kerdil dan lemahnya diri kita. Hanya diuji dengan kemarau yang tidaklah seteruk di negara-negara Afrika kita telah mula hilang pedoman dan dirundung kerisauan.

Semoga dengan turunnya rahmat Allah pada pagi ini turut memberi kesan kepada keputusan peperiksaan SPM SMK Putri Saadong. Semoga SMKPS mendapat keputusan yang cemerlang atau sekurang-kurangnnya lebih baik daripada sebelumnya.

Pesanan kepada calon-calon  SPM, apa-apa pun keputusan yang dicapai terimalah seadanya. Itulah keputusan yang terbaik untuk anda. Tahniah kepada yang berjaya dan jangan berputus asa kepada yang gagal. Peluang masih ada, masa depan anda masih cerah. Berusahalah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: