Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

Lembaga oh Lembaga !

Posted by abusyameel on March 9, 2010

Sekarang telah masuk bulan Mac namun pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) masih belum membuat sebarang penerangan atau taklimat mengenai format kertas Bahasa Arab PMR 2010. Sebelum ini telah diwar-warkan bahawa akan berlaku perubahan yang ketara dalam format bahasa Arab berdasarkan penggunaan buku teks baru yang bukan lagi Bahasa Arab Komunikasi tetapi Bahasa Arab sahaja.
Perkara ini amat membimbangkan saya kerana dengan peperiksaan PMR  tinggal beberapa bulan lagi tapi guru-guru masih teraba-raba dan kebingungan dalam mempersiapkan para pelajar untuk menghadapi kertas Bahasa Arab

Berdasarkan kertas ujian pengesanan terbaru yang disediakan oleh pihak berkaitan menampakkan tiada perubahan ketara berbanding dengan format sebelum ini. Sekiranya begitulah format baru maka apa yang dipelajari dan ditekankan dalam P&P menggunakan buku teks seperti nahu, amthal wal hikam dan tharwah menjadi sekadar belajar sahaja. Bukan sia-sia kerana pahala tetap diperolehi kerana menuntut ilmu tetapi saya rasakan seperti usaha-usaha lepas menjadi tidak berbaloi.

Sebelum ini para  pelajar dimaklumkan bahawa soalan peperiksaan dan jawapan 100% menggunakan Bahasa Arab. Begitulah yang diwar-warkan oleh pihak jabatan sejak dua tahun yang lalu. Namun terdapat khabar-khabar  angin yang mengatakan bahawa soalan kefahaman jawab dengan tulisan jawi akan dikekalkan. Para pelajar telah bising  dan tidak berpuashati dengan situasi  ini kerana lain yang dipelajari dan lain pula yang keluar.
Tiada apa lagi yang perlu guru buat melainkan menunggu pendedahan oleh pihak LPM yang entah bila akan menamatkan teka-teki dan kebimbangan guru-guru Bahasa Arab. Kami semua mengharapkan agar pendedahan dan penerangan dibuat secepat mungkin untuk memudahkan guru-guru mempersiapkan para pelajar dalam menghadapi format baru pada tahun ini.
Pesanan kepada  semua calon yang akan mengambil kertas Bahasa Arab, persiapkan diri anda dengan menghafal tharwah ( perbendaharaan kara)sebanyak mungkin kerana inilah kunci utama kecemerlangan dalam bahasa Arab. Walau apa bentuk format soalan pun anda pasti tidak menghadapi masalah untuk menjawabnya sekiranya ilmu cukup di dada.
WALLAHU TA’ALA A’LAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: