Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

Amat Perit Bila DiBohongi

Posted by abusyameel on February 1, 2010

BISMILLAH…

Hati dan perasaan seorang ibu, bapa atau guru amat sakit, pedih dan memeritkan  bila dibohongi oleh anak sendiri atau pelajarnya. Hanya Allah SWT yang mengetahui alangkah seksanya hati dan perasaan bila dilayan begitu. Apatah lagi dibohongi oleh seorang anak atau pelajar yang dikasihi dan diberi harapan menggunung untuk mencapai kecemerlangan.
Perasaan sedih, kecewa, kesal, geram, tertekan bercampur  baur bila dibohongi. Berasa hinanya diri ini bila diperlakukan dengan demikian rupa. Sanggup seorang anak berbohong kepada ibu atau bapanya hanya semata-mata ingin menutup kesalahannya. Padahal mereka akan diberi kemaafan sekiranya mengakui kesilapan itu asalkan sanggup berterus terang. Mereka lupa bahawa jasa dan pengorbanan orang tua kepadanya tidak pernah dituntut agar dibalas. Memadailah dengan bercakap benar dan berterus terang.
 Seorang ibu, bapa atau guru berasa amat terhina bila anak atau pelajarnya cuba berbohong untuk melepaskan diri. Yang salah, tetap salah. Jangan sekali-kali berbohong. Bila pembohongan terbongkar, hancur luluh hati mereka….pada ketika itu hanya Allah SWT yang tahu perasaan mereka.
Berkata benarlah walaupun pahit. Belajarlah untuk memohon maaf bila telah melakukan kesalahan. Jangan sekali-kali menipu untuk melepaskan diri. Pembohongan yang pertama menyebabkan anda terpaksa melakukan berderet-deret pembohongan. Itulah salah satu perangkap syaitan yang ramai manusia terperangkap.
wahai pelajarku…
berterus teranglah bila anda melakukan sesuatu yang salah. jangan sampai bila rahsia anda terbongkar, baru menyesal. penyesalan ketika itu tidak berguna lagi walau anda memberi seribu alasan. jangan sesekali menyakiti hati orang yang mencurahkan ilmu kepada anda nanti akan hilang keberkatan.


Ingat, pembohong dan penipu tiada tempat di sisi Rasulullah saw di akhirat kerana Baginda saw tidak mengakui golongan ini sebagai umatnya.
 Ya Allah…beratnya ujianMu ini kepadaku yang amat lemah dan hina ini. Ya Allah tabahkanlah hatiku, kuatkanlah imanku, pimpinlah aku ke jalan yang Engkau redai dan selamatkanlah aku daripada melakukan tindakan yang membawa kepada kemurkaanMu.
WALLAHU TA’ALA A’LAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: