Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

Amalan Menyebabkan Murah Rezeki

Posted by abusyameel on January 27, 2010

BISMILLAH…
Banyak kita dengar petua-petua dan amalan-amalan agar rezeki kita bertambah. Kebanyakannya tidak bersumberkan nas yang sahih dan itu hanyalah andaian semata-mata. Namun demikian terdapat beberapa amalan yang dijelaskan dalam al-quran dan hadis nabi saw yang boleh menyebabkan rezeki kita dimurahkan. Antaranya:
 1) Bertaqwa kepada Allah, kerana ia penyebab murah rezeki. Firman Allah:
 Maksudnya: Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya. (Al-Talaq: 2-3).
 2) Membanyakkan istighfar, kerana Allah berfirman:
Maksudnya: Sehingga aku berkata: Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak, dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai. (Nuh: 10-12).
 3) Menjauhi maksiat. Kerana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya seseorang lelaki disekat rezeki dengan sebab dosa yang dilakukannya. Direkod oleh Ibn Majah (no: 4022). Dinilai sahih oleh al-Hakim.
 4) Berdoa dimurahkan rezeki, seperti doa baginda saw pada waktu pagi selepas solat Subuh:
Maksdunya: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripada Engkau ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.
Direkod oleh Ibn Majah (no: 925).
 5 ) Menghubungkan silaturahim
Maksud : sesiapa yang menhendaki agar rezekinya diluaskan dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menjalinkan hubungan silaturahim.( Riwayat Imam al-Bukhari dam Muslim)
Demikian beberapa amalan yang boleh kita amalkan agar rezeki kita  bertambah dengan izin Allah.. Semoga Allah merahmati kita semua.
 Ringkasan daripada Sumber asal :

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: