Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

Tips Jawab Soalan Perbualan ( الحِوَار )

Posted by abusyameel on January 20, 2010

 

BISMILLAH…
 Salah satu soalan format lama yang dijangka akan dikekalkan dalam format baru ialah soalan mengisi ruang kosong dalam soalan hiwar (perbualan). Untuk menjawab soalan ini, para pelajar hendaklah memberi perhatian tips-tips berikut :
1- Mengingati ucapan-ucapan serta jawapannya bagi ungkapan yang biasa digunakan dalam Bahasa Arab seperti selamat datang ( أَهْلًا وَسَهْلًا ),  terima kasih ( شُكْرًا ), jumpa lagi  (إِلَى اللِقَاءِ )
2- Menguasai semua kata tanya ( أَدَوَاتُ الاِسْتِفْهَام ) seperti apa, berapa, di mana, bila dan sebagainya.
3- Memerhatikan ayat sebelum dan selepas ruang kosong. Soalan atau jawapan hendaklah ada kaitan dengan apa yang ditanya.
4- Soalan yang bermula dengan adakah (هَلْ  ) hendaklah dijawab sama ada ya (نَعَمْ  ) atau tidak ( لَا )
5- Soalan yang menggunakan kata kerja madhi (الفِعْلُ الَماضِي  ) hendaklah dijawab dengan kata kerja madhi setelah diubah pelakunya ( الفَاعِل ). Iaitu ditukar awak kepada saya. Begitu juga dengan mudhari’. Contoh :
مَاذَا أَكَلْتَ ؟ (apa yang awak telah makan ?)
أَكَلْتُ الخُبْزَ ( Saya telah makan roti )
6- Soalan kenapa ( لِمَاذَا ) hendaklah dijawab dengan kerana ( لِأَنَّ )
 7- Tukarkan ganti nama yang terdapat pada kata nama ( الاِسْمُ ) daripada awak kepada saya bila memberi jawapan. Contoh :
كَمْ عُمْرُكَ؟ ( Berapa umur awak? )
عُمْرِي خَمْسَةَ عَشَرَ سَنَةً ( umur saya lima belas tahun)
Demikian tips-tips yang boleh membantu para pelajar untuk menjawab soalan bahagian ini. Semoga tutorial ini dapat membantu anda semua.
WALLAHU TA’ALA A’LAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: