Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

Wanita Masuk Neraka Kerana Seekor Kucing

Posted by abusyameel on January 16, 2010

BISMILLAH…

Kisah muktabar kali ini ialah mengenai seorang wanita yang dimasukkan ke dalam neraka hanya disebabkan penganiayaan terhadap seekor kucing. Semoga kisah ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua terutama kepada mereka yang gemar memelihara binatang peliharaan.

Imam al-Bukhari ( 3318, 3482) meriwayatkan bahawa dari Ibn Umar bahawa Nabi saw bersabda: Seorang wanita masuk neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberi makan dan tidak membiarkannya makan serangga di bumi. Rasulullah saw telah melihat wanita itu berada di neraka manakala baginda melihat syurga dan neraka dalam solat gerhana.

Dalam sahih al-Bukhari dari Asma’ Binti Abu Bakar bahawa Nabi saw bersabda : Lalu neraka mendekatiku sehingga aku berkata : Ya Rabb aku bersama mereka?. Aku melihat seorang wanita. Aku sangka wanita itu diserang oleh seekor kucing. Aku bertanya: Bagaimana ceritanya ? mereka berkata : Dia menahannya sehingga mati kelaparan. Dia tidak memberinya makan dan tidak pula membiarkannya mencari makan sendiri.

PENGAJARAN.

1- Menyeksa binatang termasuk dosa besar yang perlu dihindari

2- Diharuskan memelihara haiwan peliharaan dengan dijaga keperluannya seperti memberi makan dan minum.

3- Di akhirat manusia diazab sesuai dengan dosa yang dilakukannya semasa di dunia.

WALLAHU TA’ALA A’LAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: