Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

Betul Ke Format Soalan Bahasa Arab PMR 2010 Berubah?

Posted by abusyameel on January 14, 2010

BISMILLAH…

Persoalan ini sering bermain di fikiran guru bahasa Arab dan calon-Calon kertas Bahasa Arab PMR 2010. Lebih memeningkan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) terus membisu dan tidak merungkaikan persoalan ini. Sehingga kini telah masuk pertengahan januari 2010,pihak LPM masih belum mendedahkan rupa bentuk soalan yang sebenar. Saya juga tidak dapat menyembunyikan kerisauan berkaitan masalah ini demi masa depan anak didik.

Mengikut maklumat daripada sumber ‘Orang lama’berkaitan dengan subjek Bahasa Arab menyatakan bahawa antara perkara yang disebut oleh pihak LPM dalam perjumpaan yang lepas ialah:

1- Soalan terjemahan ke Bahasa Arab dan ke Bahasa Melayu dimansuhkan( soalan Bahagian C format lama)

2- Soalan pemahaman dan jawapan dalam Bahasa Arab ( format lama soalan B. Arab jawapan B. Melayu)

3- Soalan masih kekal lapan soalan. Berkemungkinan soalan masih satu kertas. Bukan dua kertas yang diwar-warkan sebelum ini.

4- Soalan membina ayat berdasarkan gambar dan melengkapkan hiwar (perbualan) dikekalkan.

5- Terdapat mengarang Insya’( karangan ringkas)

6- Terdapat soalan hikam, amthal dan Qawa’id seperti mana isi kandungan buku teks yang digunapakai pada masa kini.

Contoh-contoh soalan yang saya muatkan di laman ini masih relevan dan sesuai untuk dijadikan latihan sebagai persiapan awal sebelum keluar bentuk soalan yang sebenar. Jangan anggap soalan yang disediakan itu 100% tepat dan sama. Itu hanyalah contoh sebagaimana yang diwar-warkan oleh pihak JPN Kelantan. Mungkin ada yang sama dan tidak mustahil juga ada yang berbeza.

Kita tunggu pendedahan oleh pihak LPM nanti. Perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di laman ini untuk kemudahan kita semua. Insya Allah. Semoga Allah permudahkan.

WALLAHU TA’ALA A’LAM

3 Responses to “Betul Ke Format Soalan Bahasa Arab PMR 2010 Berubah?”

  1. hairizzz said

    slm mahabbah…..harap format x tkr ….soalan mudah……

  2. kamal said

    btul ke format terbaru tahun nie bahagian A soalan dlm bahasa arab dan kta jawabkan soalan tersebut dalam bahasa melayu(tulisan jawi)?

  3. ustaz said

    salam kamal.memang btol.format yg digunapakai ialah masih format lama.sln teks arab jwb jawi bm.format baru mungkin pmr 2011….wallahu a'lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: