Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

Kisah Muktabar : Tersilap Sedekah Kepada Pencuri, Penzina, Orang Kaya

Posted by abusyameel on January 4, 2010

BISMILLAH…
Kisah kali ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari iaitu mengenai seorang hamba Allah yang bersedekah pada waktu malam secara senyap-senyap. Hadis tersebut bermaksud :
 Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : seorang lelaki berkata : Sesungguhnya aku akan bersedekah. Lalu dia membawa sedekahnya lalu diletakkan di rumah seorang pencuri ( tanpa pengetahuannya). Pagi keesokannya orang ramai bercakap mengenainya bahawa seorang pencuri telah diberi sedekah.
Dia berkata : Ya Allah, bagiMu segala  pujian. Sesungguhnya aku akan bersedekah. Lalu dia membawa sedekahnya lalu diletakkan di rumah seorang penzina. Dia berkata : ya Allah, bagiMu segala pujian. Sedekahku jatuh di tangan penzina ( tanpa pengetahuannya).. Sungguh aku akan bersedekah. Lalu dia meletakkan sedekahnya di rumah orang kaya ( tanpa pengetahuannya).. Pagi keesokannya orang ramai bercakap mengenainya bahawa orang kaya diberi sedekah.
Dia berkata : ya Allah, bagiMu segala pujian. Kepada pencuri, penzina dan orang kaya. Lalu dia didatangi dalam mimpinya dan dikatakan kepadanya : Adapun sedekahmu kepada pencuri, semoga membuatnya insaf dari mencuri. Wanita penzina, semoga membuatnya sedar daripada perbuatan zina. Adapun orang kaya, semoga dia mengambil pengajaran dan membelanjakan harta yang dikurniakan oleh Allah.
PENGAJARAN  :
1-      Allah tidak pernah mengurangi ganjaran orang ikhlas bersedekah.
2-      Bersedekah dalam keadaan sunyi tanpa diketahui oleh orang lain antara tanda keikhlasan.
3-      Mimpi yang benar termasuk satu bahagian daripada 46 kenabian.
4-      Allah tidak pernah tersilap dalam memberi balasan sama ada balasan baik atau buruk.
WALLAHU TA’ALA A’LAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: