Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

Calon PMR 2010 : Penuh Bersemangat dan Serius

Posted by abusyameel on January 4, 2010

BISMILLAH…

Hari ini kali pertama ustaz memasuki kelas 3 Arab 2010. Tahun ini merupakan tahun yang ketiga ustaz mengajar pelajar-pelajar ini . tetapi suasana kelas kali ini tidak seperti kelas-kelas sebelum ini. Sebelum ini pelajar kelas ini ‘agak kecoh’ dengan pelajar yang terlebih mulut, banyak main-main, asyik bergurau dan tidak serius semasa belajar. Tapi kelas hari ini agak berbeza. Semua pelajar kelihatan serius dan memberi perhatian dengan sebaiknya. Ini satu perubahan yang positif.

Perubahan ini mungkin kerana pertambahan usia yang membuatkan mereka bertambah matang atau telah merasakan tekanan yang dipikul memandangkan mereka adalah harapan yang menggunung pihak sekolah SMK Putri Saadong.

Perubahan yang paling ketara ialah tiada lagi kaum Adam yang layak berada dalam kelas 3 Arab. Keempat-empat pelajar lelaki telah ‘turun pangkat’ ke kelas yang lain ekoran prestasi markah Bahasa Arab yang rendah dalam peperiksaan akhir tahun lepas. Tuan pengetua mengarahkan hanya pelajar yang mendapat markah 50 ke atas sahaja yang layak berada dalam kelas 3 Arab. Dengan itu tahun 2010 mencatat sejarah dengan tingkatan 3 Arab tanpa pelajar lelaki. Pelajar 3 Arab yang seramai 21 orang inilah memikul sejuta harapan semua.

Cabaran baru bagi ustaz juga amat berat iaitu sekurang-kurangnya mengekalkan 10 orang mendapat A Bahasa Arab PMR. Ustaz tidak dapat menyembunyikan kebimbangan dengan subjek B arab tahun ini. Dengan format baru yang lebih mencabar dan susah semestinya bukan perkara yang mudah untuk mengekalkan atau mengatasi rekod tersebut.

Semuanya bergantung kepada pelajar 3 Arab. Sekiranya mereka yakin dengan diri sendiri, berusaha dengan tekun, mematuhi setiap tunjuk ajar ustaz maka tidak mustahil rekod baru akan tercipta dalam PMR 2010.

Kelas pertama hari ini diisi dengan motivasi, peringatan dan teguran kepada para pelajar agar mereka dapat memperbaiki diri dengan sewajarnya. Mereka juga diingatkan agar mengamalkan perkara-perkara berikut :

1- Menjaga solat fardu

2- Membaca al-Quran setiap hari

3- Menutup aurat dengam sempurna

4- Mentaati ibubapa, jangan sekali-kali menderhakai mereka

5- Memuliakan guru, jangan sekali-kali menyakiti hati mereka

6- Menghindari perbuatan yang sia-sia

7- Menjauhi budaya ‘couple’

Ustaz mengharapkan pelajar dapat memperbetulkan niat masing-masing ( rujuk artikel sebelum ini) agar mendapat keberkatan dalam setiap usaha. Semoga perubahan positif dan semangat yang tinggi berkekalan hingga ke akhir tahun. Ya Allah bimbinglah pelajar-pelajarku ini dan permudahkanlah urusan kami untuk memartabatkan bahasa KalamMu…amin.

WALLAHU TA’ALA A’LAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: