Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

Betul Niat Hari Pertama, Betullah Pembelajaran Sepanjang Tahun

Posted by abusyameel on January 3, 2010

 
Pesanan ustaz kepada semua pelajar  agar perbetulkan niat dalam meneruskan sesi baru persekolahan. Betul niat pada hari pertama persekolahan insya Allah akan mudah segala perkara berkaitan dengan pembelajaran sepanjang tahun. Begitu juga dengan guru dan kakitangan.


  
Sabda Rasulullah saw : Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat. Dan setiap seseorang berdasarkan apa yang diniatkan. ( Imam al-Bukhari dan Muslim)
 Semua penat lelah, pengorbanan masa dan tenaga akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT di akhirat kelak. Bayangkan masa yang dihabiskan bermula pukul 7.30 pagi hingga 2.00 petang merupakan ibadat yang akan menghasilkan pahala untuk ditimbang di akhirat kelak. Beruntungnya pelajar yang mendapat kelebihan ini dan malangnya sesiapa yang pulang ke akhirat tanpa bekalan untuk membeli syurga kelak.
 Pelajar yang ikhlas akan berusaha dengan tekun untuk membalas jasa dan pengorbanan ibubapa, membela nasib keluarga, untuk memartabatkan agama dan untuk memperkasakan umat Islam. Pelajaran tidak menjadikan mereka lalai daripada solat fardu dan menutup aurat dengan sempurna serta menjaga halal dan haram. Ilmu yang dituntut menyebabkan mereka bertambah iman dan takwa. Maka kejayaan akan menjadi milik mereka di dunia dan akan mendapat keredaan Allah SWT di akhirat.
 Terdapat pelajar yang menuntut ilmu tetapi  mendapat dosa. Iaitu bila niatnya semata-mata untuk mendapat habuan dunia, mendapat pujian, sijil dan anugerah. Ilmu yang dipelajari menyebabkan mereka meninggalkan solat dan tidak menjaga batasan agama. Mereka menjadi sombong, angkuh dan lupa daratan bila mendapat kejayaan. Dunia menjadi milik mereka namun di akhirat golongan ini akan dihumban ke dalam neraka…na’uzubillah
 Oleh yang demikian marilah kita bersama-sama memperbetulkan niat masing-masing dengan menuntut ilmu semata-mata kerana Allah SWT. Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan semua urusan berkaitan dengan pelajaran dan mendapat keberkatan sepanjang. Ingat! Buatlah sesuatu untuk mendapat keredaan Allah SWT walaupun dibenci oleh manusia dan jangan melakukan sesuatu kerana manusia sehingga mendapat kemurkaan Pencipta kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: