Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

PMR 2009 SMKPS : Subjek B. Arab Mencatat Sejarah

Posted by abusyameel on December 24, 2009

Barisan pelajar yang memperolehi A Bahasa Arab PMR 2009

BISMILLAH…

10 orang pelajar mendapat A

5 orang pelajar mendapat B

5 orang pelajar mendapat C

Seorang pelajar mendapat D

Al-hamdulillah, segala puji bagi Allah di atas kejayaan ini. Setelah berpenat lelah dan berkorban masa, tenaga dan harta hari ini saat untuk menuai hasil. Walau pun keputusan PMR Bahasa Arab lebih rendah daripada pencapaian peperiksaan percubaan ( 14 orang mendapat A) namun saya amat bersyukur dan berpuas hati. Hilang segala kepenatan dan tekanan yang ditanggung selama ini.

Keputusan lengkap PMR 2009 SMK Putri Saadong, Bukit Marak, Bachok ialah dengan empat orang pelajar mendapat A semua subjek ( 2 orang 9A dan 2 orang 8A). Sementara 4 orang pelajar mendapat 8A 1B.

Saya berasa amat terkilan dan kecewa kerana seorang pelajar yang mendapat 8A tercicir B dalam subjek Bahasa Arab. Entahlah di mana silapnya. Namun demikian ustaz pasrah dan reda dengan ketentuan Ilahi yang Maha Bijaksana.

Kepada semua calon PMR yang telah mendapat keputusan, ustaz nasihatkan terimalah keputusan itu dengan berlapang dada, penuh kesyukuran, reda dan sabar. Itulah yang terbaik untuk anda. Sila baca artikel” PMR 2009 : Suka dan Duka” untuk menenangkan jiwa anda.

Kepada pelajar 3 Arab 2009, tahniah dan berbanyak terima kasih kerana anda telah mencatat sejarah yang gemilang untuk Bahasa Arab PMR 2009 SMK Putri Saadong.

Pelajar yang mencatat A subjek Bahasa Arab :

1. NOR SURIATI BT MOHD NOR ( 9A )
2. SITI AMINAH BT SOH ( 9A )
3. WAN NOR FADHILAH BT WAN AZMAN ( 8A )
4. SITI NURUL AIN HIDAYAH BT JOHAN ( 8A )
5. NURHABIBAH BT MOHAMMAD ( 8A )
6. NUR AFIFAH NAZRAH BT CHE KAMALUDDIN ( 7A )
7. SITI NOR SAADAH BT MOHAMMAD ( 6A )
8. MUHAMAD NAZROL FARHIL B MOHD NAWI
9. MUHAMMAD HAWADDI B HASSAN
10. MOHAMAD FARIEZ B ROSELI

Kepada yang gagal A, jangan bersedih. Peluang masih ada untuk anda iaitu SPM 2011. Belajarlah daripada kesilapan. ANDA SEMUA ADALAH KEBANGGAAN USTAZ.

WALLAHU TA’ALA A’LAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: