Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

Pengetua, guru besar diberi kuasa ambil/pecat guru

Posted by abusyameel on December 10, 2009

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Pengetua dan guru besar mungkin diberi kuasa untuk mengambil dan memecat mana-mana guru pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika membayangkan perkara itu berkata, kuasa berkenaan boleh ‘diperturunkan’ kepada pengetua dan guru besar memandangkan mereka lebih mengenali prestasi setiap guru.

“Kemungkinan suatu hari nanti mereka (pengetua dan guru besar) boleh mengambil dan memecat. Ia bagi membantu mereka mengenal pasti guru yang berdedikasi dalam membantu mewujudkan sekolah yang cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Bajet 2010, peringkat jawatankuasa kementerian itu, pada Sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Mohd. Puad, langkah luar biasa itu adalah sebahagian daripada usaha kementerian tersebut untuk melakukan revolusi dalam bidang pendidikan negara.

Mengulas lanjut mengenai revolusi itu, beliau menambah, semua guru turut diwajibkan melafazkan aku janji (baiah) baru.

Jelasnya, aku janji tersebut bagi memastikan tiada lagi guru-guru selepas ini mohon untuk bertukar selepas hanya dua tahun bertugas walaupun atas alasan mengikuti suami atau sebagainya.

“Ini juga sebahagian perubahan minda kepada guru-guru agar mereka menampilkan prestasi terbaik. Melalui akur janji ini kementerian tidak lagi melayan permohonan pertukaran yang kurang dari tempoh dua tahun,” jelasnya.

Sementara itu, beliau menjelaskan kementerian tidak bersedia untuk merombak jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi mengelak daripada bertembung dengan musim tengkujuh.

Katanya, rombakan jadual peperiksaan belum dapat dilaksanakan kerana ia akan melibatkan penyusunan semula secara keseluruhan struktur pengajaran dan pembelajaran selain rumit.

“Memang perkara ini telah ditimbulkan pada mesyuarat kementerian kerana jadual peperiksaan sekarang yang berlangsung pada hujung tahun mendedahkan pelajar di pantai timur kepada bahaya banjir.

“Walaupun mengakui idea ini bagus tetapi ia memerlukan kajian secara menyeluruh,” katanya mengulas pandangan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas).

Ibrahim ketika membangkitkan cadangan itu berkata, kementerian tersebut wajar merombak semula jadual dua peperiksaan utama berkenaan ke bulan Januari.

Menurutnya, langkah itu wajar kerana saban tahun, calon SPM dan STPM di pantai timur terpaksa menjawab peperiksaan dalam keadaan tidak selesa selain turut mengancam nyawa.

sumber :Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: