Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

DOA PELAJAR ( 2 ) : BERIKAN KEPADAKU KEFAHAMAN YANG MENDALAM

Posted by abusyameel on December 10, 2009

BISMILLAH…
Doa pelajar yang kedua ini amat ringkas dan mudah untuk diingati. Doa ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka berdua. Rasulullah  saw telah mendoakan kepada Abdullah bin Abbas r.a ( sepupu baginda ) dengan doa ini. Dengan keberkatan doa Nabi saw ini Ibn Abbas merupakan salah seorang para sahabat yang paling alim dan menjadi rujukan orang ramai. Sehingga beliau digelar Turjuman al-Quran ( Ahli tafsir al-Quran).

Lafaz doa ialah :
اللَّهُمَّ فَقِّهْنِي فِي الدِّين
Maksud : Ya Allah, kurniakanlah kepadaku ilmu yang mendalam tentang agama.
Kita hendaklah sentiasa berusaha mendalami ilmu agama. Ilmu agama inilah yang akan membimbing kita ke jalan yang diredai oleh Allah SWT. Sesiapa individu muslim hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan ilmu  agamanya terutama ilmu mengenai al-Quran, hadis-hadis Rasulullah saw dan hukum hakam dalam kehidupan seharian.
 Ilmu-ilmu fardu kifayah yang lain seperti perubatan, kejuruteraan dan sebagainya tidak dinafikan keutamaannya namun ilmu yang menjamin kesejahteraan dunia akhirat ialah ilmu yang menambahkan takwa kepada Allah SWT. Oleh yang demikian sesiapa sahaja hendaklah mempunyai ruang untuk menuntut ilmu yang mencapai takwa walau sibuk mana sekalipun. Apatah lagi pada masa kini ilmu hanya di hujung jari dengan melayari pelbagai laman ilmiah melalui internet.
Semoga Allah SWT memberikan kepada kita kekuatan untuk mengamalkan doa ini dan sentiasa berusaha meningkatkan ilmu agama.
WALLAHU TA’ALA A’LAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: