Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

TUTORIAL : KATA-KATA HIKMAH ( الحِكَمُ ) DAN PERUMPAMAAN ( الأَمْثَالُ )

Posted by abusyameel on December 7, 2009



BISMILLAH…

Tutorial kali ini ustaz akan menerangkan salah satu bentuk soalan format baru iaitu soalan mengenai kata-kata hikmah ( الحِكَمُ ) dan perumpamaan ( الأَمْثَالُ ). Untuk menguasai soalan bahagian ini, para pelajar hendaklah betul-betul mengingati bacaan dengan baris yang betul serta dapat memberi pengajaran daripada kata-kata hikmah atau perumpamaan itu. ( jawapan hanyalah menggunakan Bahasa Arab).

Tutorial bahagian ini ustaz akan menyatakan kata hikmat tersebut, kemudian akan diterjemahkan agar mudah untuk menghafalnya dan akhir sekali ustaz akan terangkan pengajaran dalam Bahasa Arab beserta maknanya.

***Semua kata hikmah yang dipelajari dari tingkatan satu hendaklah dikuasai dengan baik untuk mencapai A dalam Bahasa Arab. Ustaz akan menerangkan bermula dari tajuk pertama tingkatan satu agar pelajar tidak ketinggalan dari awal.

Kita mulakan dengan Kata hikmah yang pertama dan yang paling mudah :

مَنْ جَدَّ وَجَدَ

Maksud : “Sesiapa yang bersungguh-sungguh akan mendapat kejayaan.”

العِبْرَةُ وَالاِتِّعَاظُ (iktibar dan Pengajaran )

مَنْ اِجْتَهَدَ وَجَدَّ فِي فِعْلِ الشَّيْءِ حَصَلَ عَلَى النَّجَاحِ

Maksud : Sesiapa yang rajin dan tekun melakukan sesuatu dia akan mencapai kejayaan.

PERINGATAN : Pastikan anda mengingati kata-kata hikmah dengan baris yang betul serta dapat memberikan pengajaran dalam bahasa arab. Sila hafal. Soalan yang akan ditanya sama ada :

1- Letakkan baris

2- Isi tempat kosong

3- Nyatakan pengajaran

Sekian dahulu tutorial pada kali ini. Semoga pelajar memahaminya dengan baik.

WALLAHU TA’ALA A’LAM.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: