Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

SUKAN JADI KOKURIKULUM WAJIB SEKOLAH

Posted by abusyameel on December 7, 2009


Perubahan dasar kembali semula kegemilangan

MUAR 6 Dis 09: Dasar kokurikulum sekolah akan diubah dengan menjadikan kegiatan sukan sebagai kokurikulum wajib dalam usaha menyemarakkan semula sukan di semua sekolah di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, perubahan dasar kokurikulum itu juga dibuat bagi mengembalikan semula kegemilangan kegiatan sukan seperti pada zaman dulu yang menjadikan sukan sebagai acara penting bagi setiap sekolah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Makan Malam Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tinggi Muar, di dewan sekolah itu, di sini, semalam. Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, yang juga rakan sekelas Muhyiddin ketika belajar di sekolah berkenaan.

Muhyiddin berkata, langkah mewajibkan kegiatan sukan itu juga berikutan pada masa ini kebanyakan sekolah tidak lagi memberi penekanan kepada kegiatan sukan menyebabkan pelajar terbabit dalam kegiatan kokurikulum lain, termasuk pasukan seragam.

“Kita mahu semua kokurikulum tetapi yang diwajibkan ialah kegiatan sukan. Jika dulu, sukan menjadi acara paling penting dalam kegiatan sekolah tetapi sekarang ini ia tidak lagi diberi penekanan,” katanya.

Beliau tidak mahu kemudahan untuk kegiatan sukan yang disediakan oleh kerajaan itu terbiar begitu saja dan tidak digunakan sepenuhnya untuk menyemarakkan lagi kegiatan pelbagai acara sukan pada peringkat sekolah.
Suntingan daripada sumber :

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: