Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

TIDUR PAGI : SATU KERUGIAN BESAR

Posted by abusyameel on December 6, 2009


BISMILLAH…

Telah menjadi ‘trend’ dalam cuti sekolah pelajar akan tidur pada waktu pagi. Ada yang tidur selepas solat subuh dan yang lebih teruk mereka yang tidur tanpa solat subuh hingga terbit matahari. Manusia seperti ini merupakan manusia yang tidak mengenang budi terhadap nikmat yang Allah kurniakan dan dia telah dikencing oleh syaitan pada kedua belah telinganya.Apa akan terjadi sekiranya dia tidur dan tidak lagi bangun-bangun ( dijemput maut ) dalam keadaan tidak menunaikan kewajipan solat. Na’uzubillah.

Tidur selepas solat subuh bukanlah satu tabiat yang baik terutama bagi seorang penuntut ilmu. Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai shalat shubuh hingga matahari terbit. Kerana pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai pahala yang berlipat ganda. Mengisi waktu tersebut dengan amal soleh adalah keutamaan yang sangat besar. Mereka melakukan demikian karena waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barakah (banyak kebaikan) seperti mana yang dikatakan oleh ibn Qayyim dalam Madarij al-Salikin.

Petunjuk sunnah Rasulullah saw pada waktu pagi selepas solat subuh ialah Baginda mengamalkan zikir-zikir sehingga terbit matahari. Kita dapati zikir-zikir pagi yang Rasulullah amalkan amat banyak dan pelbagai. Amatlah bertentangan dengan petunjuk Nabi kita sekiranya kita kembali ke tempat tidur setelah solat subuh sebelum matahari terbit. Kalaulah terlalu mengantuk disebabkan qiyam al-lail dan sebagainya tunggu sehingga terbit matahari sekiranya ingin tidur sebagai rehat.

Sebagai seorang pelajar amatlah tidak sesuai tidur pada waktu begini pada hal saat baru bangkit dari tidur adalah waktu mudah untuk mengingati ilmu dan hafalan ekoran minda yang masih kosong dan segar. Amalan yang terbaik pada waktu pagi ialah berzikir dengan zikir ma’thur daripada Rasulullah saw, membaca al-Quran atau melakukan amal-amal soleh yang lain kerana waktu itu adalah waktu malaikat siang dan malam bertukar giliran tugas dan akan menjadi saksi di hadapan Allah terhadap amalan-amalan manusia pada waktu pagi dan petang sebagaimana sabda Rasulullah saw riwayat Imam al-Bukhari.

Ibn Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur iaitu bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membazir waktu. Beliau rahimahullah mengatakan tidur yang berlebihan mengakibatkan lalai dan malas. Tidur yang berlebihan ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan. Apatah lagi bagi seorang pelajar yang mempunyai banyak tanggung jawab dan tugasan dalam pelajaran.

Tidak dinafikan bahawa tidur merupakan satu rehat yang terbaik untuk mengembalikan kecergasan fizikal dan mental. Namun bukanlah tidur pada waktu pagi berdasarkan sebab-sebab berikut :
1. Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur’an dan As Sunnah.
2. Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salaf al-soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

3. Tidak mendapatkan keberkatan di dalam waktu dan amalannya.

4. Menyebabkan malas dan tidak bersemangat pada sepanjang hari.

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.” (Miftah Daris Sa’adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah menjadi malas dengan sering tidur, maka pada waktu petang dia juga akan menjadi malas.

5. Mengurangkan rezeki.

Ibnul Qayyim berkata, “Empat hal yang menghalang rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit sholat, [3] malas dan [4] berkhianat.” (Zaadul Ma’ad, 4/378)

6. Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)

Oleh yang demikian para pelajar hendaklah bijak memanfaatkan waktu pagi dalam cuti panjang ini dengan amalan dan aktiviti yang berfaedah yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan dunia dan akhirat.

WALLAHU TA’ALA A’LAM.

Suntingan dan tambahan daripada tulisan Muhammad Abduh Tuasikal (rumaysho.com )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: