Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

KELAS INTENSIF BAHASA ARAB TELAH BERMULA

Posted by abusyameel on December 2, 2009

BISMILLAH…

Pada hari Isnin lepas ( 30 November 2009 ) telah diadakan kelas tambahan intensif Bahasa Arab untuk calon PMR 2010 SMK Putri Saadong. Kelas ini diadakan bermula dalam cuti sebagai persiapan awal untuk menampung kelemahan pelajar dalam beberapa hal agar tahun depan beban lebih ringan. Kelemahan utama pelajar ialah tharwah ( perbendaharaan kata) berpunca daripada tabiat malas menghafaz.

Al-hamdulillah, pelajar hadir dengan penuh semangat. Pelajar yang hadir seramai 17 orang dan tidak hadir 9 orang termasuk semua pelajar lelaki seramai empat orang. Berdasarkan peperiksaan akhir tahun baru-baru ini dua orang pelajar lelaki hanya lulus dengan markah 40% dan dua orang gagal termasuk seorang pelajar menggagalkan dirinya dengan langsung tidak menjawab kertas 2.

Berdasarkan keputusan ini,berkemungkinan tiada calon pelajar lelaki yang akan mengambil kertas Bahasa Arab PMR tahun depan. Entahlah di mana silapnya sehingga pelajar lelaki agak jauh ketinggalan berbanding pelajar perempuan.

Peperiksaan akhir tahun yang lepas seramai lima orang pelajar memperolehi A dengan markah yang tertinggi 94% iaitu Nik Fatin Insyirah bt Nik Man. Lima orang pelajar ini yang sentiasa cemerlang dalam Bahasa Arab merupakan prospek untuk mendapat A PMR akan datang, Insya Allah. Lapan orang mendapat B, enam orang mendapat C, 5 orang mendapat D dan dua orang gagal.

Kelas pertama lepas, ustaz menarik perhatian pelajar dengan menerangkan cabaran, dugaan, tekanan, kepenatan dan bebanan yang akan dipikul oleh pelajar pada tahun depan. Persiapan fizikal dan mental perlu dimantapkan lebih awal agar tidak berlaku kejutan pada tahun depan. Pelajar juga diberi motivasi dan nasihat yang berkaitan dengan Bahasa Arab. Pelajar yang bersikap negatif seperti tidak yakin dengan diri, malas menghafaz dan mengulangkaji dinasihatkan agar tidak mengambil kertas bahasa Arab ini. Jangan bebankan diri sendiri dan orang lain (guru).

Satu nasihat ustaz untuk semua pelajar yang akan menuntut apa-apa ilmu agar jaga adab terhadap guru. Jangan kecewakan, guris perasaan, sakirkan hati guru anda. Tidak menghadiri kelas tanpa alasan munasabah sebenarnya telah mengguriskan perasaan guru. Semangat dan motivasi guru akan terjejas bila mendapati ada pelajar yang tidak hadir. Ini adalah realiti. Begitulah kesungguhan dan ketekunan guru untuk membantu pelajarnya. Jangan diragui dan dipersoalkan keikhlasan dan kejujuran guru dalam menolong anda mencapai kecemerlangan. Para pelajar perlu merenung dan muhasabah diri.

Entah berapa kali anda telah mengecewakan dan menyakitkan hati guru anda. Pohonlah keampunan kepada Allah dan minta maaf dengan guru tersebut. Sekiranya terdapat keuzuran yang menyebabkan tidak dapat menghadiri kelas, maklumkanlah kepada guru anda. Guru akan menerima anda dengan baik, asalkan dimaklumkan situasi yang sebenar. Tolong ingat perkara ini !!!

Cuti masih berbaki sebulan lagi. Ustaz ingatkan semua pelajar agar manfaatkan masa yang banyak terluang ini dengan perkara berfaedah terutama untuk pelajaran anda. Kepada pelajar bahasa Arab, perkayakan ‘vocab’ bahasa Arab anda ( THARWAH). Inilah sebenarnya kunci kecemerlangan Bahasa Arab. Hafazlah sebanyak mungkin. Jangan hanya membaca novel, menonton tv, melayari internet tanpa hala tujuan, mendengar muzik dan sebagainya.

Masa anda adalah penentu masa depan anda.

WALLAHU TA’ALA A’LAM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: