Ilmu dan Amal Penjana Iman

Pemantapan Iman & Pembentukan Sahsiah

TUTORIAL : KATA KERJA MUDHARI’ (الفعل المضارع )

Posted by abusyameel on December 1, 2009


BISMILLAH…

Kita kembali kepada tutorial kata kerja yang kedua iaitu fi’il mudhari’. Sebelum ini telah dijelaskan mengenai kata kerja madhi yang membawa makna telah berlaku. Kata kerja mudhari’ pula membawa maksud perbuatan yang SEDANG berlaku atau AKAN berlaku.

Contoh :Sekiranya dikatakan ;

Dengan kata kerja madhi ( مَاذَا فَعَلْتَ ؟ ) bermaksud apa yang telah awak lakukan?

Dengan kata kerja mudhari’ ( مَاذَا تَفْعَلُ ؟ ) bermaksud apa yang sedang / akan awak lakukan?

BAGAIMANA UNTUK MENGENALI KATA KERJA MUDHARI (الفعل المضارع )?

Antara ciri-ciri fi’il mudhari’ ialah :

1. Baris depan ( ُ ) di akhir

2. Di depan terdapat أ , ن , ت , ي

3. di akhir terdapat ون , ان , ن ,

fi’il mudhari’ berubah daripada fi’il madhi. Sekiranya fi’il madhi tanpa huruf tambahan( biasa tiga huruf ) seperti ;


جَلَسَ يَجْلِس سَمِعَ يَسْمَعُ
سَكَتَ يَسْكُتُ َذَهَب يَذْهَبُ

Sekiranya kita perhatikan, huruf ketiga pada fi’il mudhari’ ada yang berbaris atas, bawah dan depan. huruf mim pada ( يَسْمَعُ) berbaris atas,lam pada (يَجْلِس) berbaris bawah dan kaf pada (َيَسْكُتُ) berbaris depan.Perubahan ini adalah tetap dan kita tidak boleh mengagaknya. Cara untuk menentukan huruf ketiga ini adalah dengan merujuk kepada kamus.

Namun sekiranya kata kerja dengan huruf tambahan, maka kita dapat menentukan sendiri barisnya berdasarkan wazan-wazan tertentu.
Contohnya :


MADHI MUDHARI’ WAZAN
َتَعَلَّمَ يَتَعَلَّمُ يَتَفَعَّلُ
أَكْرَمَ يُكْرِمُ يُفْعِلُ
اِجْتَهَدَ يَجْتَهِدُ يَفْتَعِلُ
سَهَّلَ يُسَهِّلُ يُفَعِّلُ
اِسْتَغْفَرَ يَسْتَغْفِرُ يَسْتَفْعِلُ

wazan-wazan bagi kata kerja mudhari’ yang mesti dihafaz untuk dijadikan timbangan baris kepada fi’il mudhari’. Untuk menentukan baris kata kerja seperti ini tidak perlu dirujuk kepada kamus. Memadai dengan wazan yang kita ingati untuk menentukan barisnya.

perbincangan detail mengenai wazan akan diterangkan dalam tutorial akan datang.
Sekian dahulu tutorial untuk kali ini. Sebarang kemusykilan boleh kemukakan soalan sama ada di box di bawah, shoutbox atau ‘e-mail dalam contact me’.

WALLAHU TA’ALA A’LAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: